Connect with us

Terkini

Demi tuntut pengeluaran caruman KWSP, Noorazlan berjalan kaki dari Johor ke Istana Negara

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu teksi nekad untuk menjayakan misi berjalan kaki dari Johor ke Istana Negara demi menuntut pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Memetik dari laporan Harian Metro, Noorazlan Ismail, 49 berkata “Pengeluaran caruman KWSP mungkin dapat menyelamatkan keluarga saya ketika ini.”

Dengan keazaman itu, Noorazlan berjalan kaki sejauh 312 kilometer dari Tol Skudai dan akan menuju ke Istana Negara bagi melaksanakan misi pengeluaran caruman KWSP supaya mendapat perhatian daripada pihak atasan kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menyedari kepayahannya.

Noorazlan memulakan misi kembara solonya pada 28 Mac lalu jam 10 malam dan setakat petang ini, beliau sudah tiba di Pagoh.

Advertisement

Beliau berkata ia adalah sesuatu “misi gila” kerana tidak mempunyai pilihan dan ia adalah salah satu usaha untuk kerajaan memahami betapa terdesak individu sepertinya yang mahukan pengeluaran caruman itu.

“Saya berpisah dengan isteri Ogos tahun lalu dan ia ada kaitan dengan soal kewangan. Jadi, jika saya dapat pengeluaran bersasar seperti RM10,000 hingga RM30,000 itu, saya boleh usaha dapatkan kembali keluarga saya dan bina semua keluarga saya.

“Saya bekerja sebagai pemandu teksi selepas pandemik Covid-19. Ketika pandemik, saya bekerja sebagai pemandu kepada seorang individu bergelar Datuk di Johor Bahru.

“Apabila perniagaannya merudum, saya terpaksa berhenti. Hutang saya juga ‘keliling pinggang’ kerana perlu tampung pelbagai kos.

“Niat saya ialah supaya Perdana Menteri tahu bahawa pengeluaran caruman KWSP ini sangat penting buat individu seperti saya,” katanya.

Advertisement

Noorazlan berkata, ia bukan kerana dia tidak menyimpan, tetapi kerana kos sara hidup semakin meningkat dan untuk kegunaan keperluan sekolah anak-anak beliau, jadi dia terpaksa berhutang.

Katanya, keluarganya turut membantu dalam apa cara sekalipun.

“Lima anak dalam jagaan saya dengan yang sulung berusia 18 tahun kini menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, kedua berada di tingkatan empat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), ketiga dalam darjah lima di sebuah pusat tahfiz di Kampung Melayu, keempat masih di prasekolah dan yang bongsu berusia empat tahun.

“Kami perlukan wang untuk perbelanjaan harian dan pelbagai lagi. Pendidikan juga penting untuk anak-anak saya. Saya sempat beri RM50, hanya itu yang ada, kepada anak sulung untuk perbelanjaannya,” katanya.

Menurut Noorazlan, anak-anaknya turut menyokongnya dalam melaksanakan misi tersebut.

Advertisement

Noorazlan berkata, dia tidak mempunyai kasut sukan yang sesuai, jadi dia hanya memakai stokin dan selipar.

Dia berharap misinya mendapat perhatian, dan sekiranya gagal, sekurang-kurangnya dia akan cuba meyakinkan kerajaan bahawa golongan sepertinya amat memerlukan pengeluaran caruman KWSP.

 

“Saya tak pasti sampai (ke Istana Negara) bila kerana saya berjalan ikut kemampuan dengan memakai stokin dan berselipar. Saya tiada kasut sukan, kasut saya semua kasual kerana saya pemandu teksi.

“Saya akui misi ini sangat mencabar dan sukar, malah dengan keadaan saya yang jarang berjalan kaki dan bersenam, kaki saya melecet malah betis juga sakit.

Advertisement

“Tetapi saya tidak akan putus asa. Insya-Allah, saya kuat demi anak dan bekas isteri saya, mereka beri sokongan. Saya mahu perbaiki diri dan keluarga,” katanya.

Noorazlan juga berkata ramai pengguna jalan raya mahu menumpangkannya ke destinasi.

“Namun saya terpaksa menolak kerana misi saya mahu orang atasan melihat kepayahan kami sebagai rakyat,” katanya.

Sebelum memulakan “misi gila” itu, beliau membuat post di dalam grup Facebook bernama Tuntutan Rakyat Pengeluaran KWSP 2.0 untuk mewara-warakan tentang misi beliau. – Malaysian Update

@malaysianupdatenews Demi tuntut pengeluaran caruman KWSP, Noorazlan berjalan kaki dari Johor ke Istana Negara. #malaysianupdate #videoviral #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ suara asli | IG: billwinata – Bill Akustik
@malaysianupdatenews Demi tuntut pengeluaran caruman KWSP, Noorazlan berjalan kaki dari Johor ke Istana Negara. #malaysianupdate #videoviral #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ suara asli | IG: billwinata – Bill Akustik

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel