Connect with us

Terkini

Tular pelajar hamun sekolah gara-gara bengang tak boleh pakai baju PJ semasa bulan puasa

Tular sebuah video sejak beberapa hari kebelakangan ini, seorang pelajar perempuan yang meluahkan rasa geram apabila peraturan sekolahnya tidak membenarkan pelajar menggunakan baju sukan sewaktu bulan puasa.

Video tersebut telah dikongsi oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Nonie Sarawanie yang juga merupakan seorang guru. Video berkenaan diperoleh daripada TikTok yang menggunakan akaun @kaplahighcoucil5.

“Kepada cikgu-cikgu di luar sana, salah ke kitorang pakai baju PJ semasa bulan puasa? Salah ke? Tak pernah lagi aku dengar ustaz-ustaz di media sosial, ustaz-ustaz kat sekolah ke cakap memakai baju PJ semasa bulan puasa adalah membatalkan puasa. Tak pernah lagi aku dengar. Murid-murid dilarang memakai baju PJ semasa di bulan puasa ya, terima kasih. Hotak kau!

“Kau tau tak kitorang ni tak dan basuh. Kau takpe la pakai baju lain-lain hari, lain-lain baju. Kitorang ni pakai baju sama setiap minggu satu bulan. Kitorang tak dan basuh. Baju pun dua helai je,” katanya.

Advertisement

“Selalu dengar luahan cikgu, kalini luahan murid pula”

Dia juga meluahkan rasa tidap puas hati terpaksa berdiri lama dengan memakai pakaian uniform sekolah sewaktu perhimpunan dengan cuaca kurang menentu. Menurutnya, perkara tersebut membuatkan para pelajar kurang selesa.

“Dah la sekolah aku dia buat perhimpunan setiap hari, setiap hari pun macam hari Isnin. Lama nak mampos. Kalau boleh tu, kena habis satu pelajaran dulu, baru kitorang masuk ke kelas. Berdiri tercangak kat situ dengan hujan tak boleh duduk dan kau pernah tanya ke kitorang kenapa murid-murid kena pakai baju PJ. Selalu dengar luahan daripada cikgu je kan? Ni dengar luahan daripada student pulak,” katanya.

Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada pengguna media sosial. Kebanyakkannya menyelar tindakan pelajar perempuan itu kerana menyifatkannya sebagai biadap.

Mereka juga merasakan masalah yang diluahkan pelajar itu hanya masalah kecil dan peraturan tersebut sudah berlaku dari dahulu lagi. Tindakannya mengehentam guru-guru dan pihak sekolah sangat tidak wajar hanya disebabkan tidak mendapat kebenaran memakai pakaian sukan sewaktu bulan puasa.3

Advertisement

Sumber: Facebook Nonie Sarawanie

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel