Connect with us

Terkini

Kisah mak tunggu anak untuk berbuka sekali tapi tak datang, esoknya mak pergi selama-lamanya

Pada bulan Ramadan semestinya semua orang mahu berbuka puasa bersama-sama orang tersayang terutamanya bersama dengan mak ayah. Meskipun sibuk dengan kehidupan harian, anak-anak pasti akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Ramadan bersama mak ayah tercinta.

Walaubagaimanapun, terdapat juga anak-anak yang tidak pedulikan perasaan mak ayah yang telah tua. Mereka terlalu pentingkan diri sendiri sehingga sanggup mengabaikan mak ayah mereka dan tidak menjenguk langsung di kampung halaman ataupun di rumah orang-orang tua. Mak ayah adalah orang pertama yang tertunggu-tunggu kepulangan anak mereka.

Baru-baru ini telah tular kisah seorang mak di rumah orang-orang tua yang setia menunggu berbelas jam kerana anak-anaknya berjanji mengambil beliau untuk berbuka puasa sekali. Namun, anak-anak beliau tidak menetapi janji dan keesokannya, mak itu meninggal akibat ‘high depression’.

Kisah tersebut diceritakan oleh Ustaz Muhammad Yaakub Yusra dalam sebuah program ‘Tanyalah Ustaz’ yang telah disiarkan di TV3 dan TV9. Kejadian tersebut berlaku di rumah orang-orang tua pada 2011. Walaupun telah 12 tahun kejadian itu berlaku, namun masih segar dalam ingatan ustaz untuk dikongsikan seiring dengan topik ‘Ramadan Tanpa Mak Ayah’ dalam program itu.

Advertisement

Dalam cerita ustaz, Mak Cik Azizah mempunyai empat orang anak yang semuanya berkerjaya hebat. Sehari sebelum Mak Cik Azizah meninggal dunia, anak-anak beliau pernah berjanji untuk membawa beliau untuk berbuka puasa bersama pada hari jadi beliau setelah bertahun-tahun tidak berjumpa, jadi, beliau pun sudah bersiap berpakaian cantik seawal jam 5 pagi dengan alasan tidak mahu susahkan anak-anak.

Tetapi, setelah lepas waktu berbuka, anak-anak beliau langsung tidak munculkan diri. Selepas itu, dengan perasaan kecewa, Mak Cik Azizah masuk ke dalam rumah orang-orang tua tanpa menjamah sedikit pun makanan dan minuman meskipun beliau telah berpuasa seharian. Keesokan pagi, beliau disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas di rumah itu.

Ustaz Muhammad Yaakub Yusra juga berharap kesemua anak-anak Mak Cik Azizah bertaubat dan meminta keampunan kepada Allah SWT atas dosa mereka terhadap mak mereka. Semoga kita semua menjadikan cerita ini sebagai iktibar dan sentiasalah berbuat baik kepada mak ayah kita.

 

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Mak tunggu anak untuk berbuka tapi tak datang, esoknya mak pergi buat selama-lamanya🥺😭 #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ Allah Allah Aghistna Ya Rasulullah – Puja Syarma Official

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel