Connect with us

Global

Bomoh Pengganda Wang ‘Mbah Slamet’ Bunuh 10 Pelanggan Ditahan Polis

JAKARTA — Seorang bomoh pengganda wang dikenali sebagai ‘Mbah Slamet’ yang disyaki membunuh 10 orang pelanggan sejak 2020 ditahan polis di Jawa Tengah pada Sabtu lepas.

Slamet Tohari, 45, ditahan di rumahnya di Desa Balun, Wanayasa, Banjarnegara bersama seorang pembantunya yang mempromosikan perkhidmatan penggandaan wang di media sosial.

Kegiatannya terbongkar apabila Polis Banjarnegara menjalankan siasatan berhubung kehilangan mangsa terakhir yang gagal dihubungi keluarga sejak 24 Mac lepas.

Ketua Polis Banjarnegara Hendri Yulianto berkata mangsa memaklumkan sedang berada di rumah Mbah Slamet kepada anaknya melalui pesanan WhatsApp.

Advertisement

“Mangsa dari Sukabumi, Jawa Barat berpesan agar menghubungi polis jika beliau masih belum pulang selepas 26 Mac,” katanya.

Bertindak atas laporan, polis menemukan mayat mangsa dipercayai akibat diracun, di ladang Desa Balun serta penemuan tiga kubur mangsa lain yang majoriti dari luar Banjarnegara termasuk dari Palembang.

Sebanyak 10 mayat dipindahkan pihak berkuasa setakat ini.

Kesemua mangsa diperdaya Mbah Slamet yang kononnya mampu menggandakan wang daripada 40 juta rupiah (RM11,822) kepada lima bilion rupiah (RM1.5 juta).

Kes disiasat di bawah Perkara 340 Kanun Jenayah yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau maksimum 20 tahun penjara.

Advertisement

Sebelum ini di Malaysia, media melaporkan seorang wanita yang juga isteri orang dicekup penguat kuasa agama kerana disyaki berdua-duaan bersama ‘perawat’ terbabit dalam kejadian di Bedong, Sungai Petani.

Menurut Pegawai Agama Daerah Kuala Muda (PADKM), Mohd. Noor Ismardi Ismail, segalanya bermula apabila orang awam telah membuat laporan mengenai kelibat wanita tersebut di rumah berkenaan dan pihaknya menerima laporan pada Khamis sebelum itu.

Justeru satu operasi serbuan dilakukan pada 2 pagi hari kejadian, namun bomoh berusia 65 tahun terbabit mencabar anggota penguat kuasa agama supaya melakukan pemeriksaan di dalam rumahnya sekiranya benar terdapat wanita di dalamnya.

Bagaimanapun tindakan berani bomoh terbabit akhirnya mengundang padah apabila anggota penguat kuasa PADKM bersama pertubuhan bukan kerajaan, Skuad Badar berjaya menjumpai seorang wanita dalam keadaan berkemban sedang bersembunyi di tingkat atas rumah itu

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel