Connect with us

Jenayah

Padah rakam liwat remaja lelaki, viralkan di media sosial, ejen insurans dipenjara 33 tahun & 24 sebatan

Mahkamah Sesyen Georgetown menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan terhadap ejen insurans yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merakam video pornografi terhadap seorang remaja lelaki dalam kejadian pada tahun 2019.

Hakim Mazdi Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Ahmad Jalaludeen Rahumathulla, 36, yang didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 5 di bawah akta yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksuel fizikal sambil membuat rakaman pornografi terhadap mangsa berusia 14 tahun (pelajar sekolah menengah) antara jam 1 tengah hari dan 3 petang Dismber 2019 di rumahnya di Desa Mawar.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang sudah berkahwin mempunyai seorang anak berusia empat bulan, menyamar sebagai wanita untuk berkenalan dengan mangsa melalui media sosial.

Advertisement

Tertuduh kemudian memujuk mangsa untuk berkongsikan gambar bogelnya sebelum mengugut akan menyebarkan gambar tersebut.

Ahmad Jalaludeen kemudian menyamar sebagai orang lain yang menawarkan diri untuk membantu mangsa menyelesaikan masalah itu sebelum membawanya pulang ke rumah.

Di kesempatan itu, tertuduh telah meliwat, melakukan amang seksual dan beronani terhadap mangsa sambil merakam perbuatan terkutuk itu sebelum disebarkan kepada rakan mangsa di media sosial.

Rakan sekolah mangsa terkejut melihat video tersebut, terus segera memaklumkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel