Connect with us

Politik

Anwar nafi runding isu kawasan cari gali minyak dengan China

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pemimpin pembangkang bahawa kerajaan berunding dengan China berhubung isu pertikaian kawasan cari gali minyak di Laut China Selatan ketika lawatan rasmi beliau ke republik itu baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata tuduhan itu adalah tidak benar dan Petronas terus melaksanakan projek cari gali di Laut China Selatan.

“Kebetulan China tuntut kawasan tengah laut itu. Saya jawab kepada pimpinan China, saya katakan kami terpaksa teruskan projek itu kerana ia berada di kawasan kami.

“Lautan bawah bidang kuasa Malaysia, jadi kita teruskan. Dia kata dia pun tuntut, tak mengapa kita akan teruskan tetapi mereka (pembangkang) pusing kata saya runding sebab kononnya projek (cari gali) tak jalan,” katanya ketika berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan di Masjid Ar-Rahah di Kuala Lumpur semalam.

Advertisement

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor mengecam Anwar kerana dianggap cuai dalam membuat kenyataan berhubung isu Laut China Selatan.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan Malaysia akan meneruskan pendekatan diplomatik dalam hubungannya dengan negara lain termasuk China demi memastikan Laut China Selatan kekal aman, stabil dan selamat untuk laluan perdagangan.

Pendekatan ini selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan antaranya penyelesaian konflik secara aman serta mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan seperti dipersetujui oleh negara anggota ASEAN dan China pada 2002.

– Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel