Connect with us

Jenayah

Mak kandung ‘tutup mata’ melihat anak sendiri menjadi pemuas nafsu suami baru, satu Malaysia telah tertipu

JASIN – Pada 17 Mac yang lepas, satu Malaysia telah digemparkan dengan berita seorang remaja bernama Aliah Qistina Budiyanto, 16, telah hilang dari rumah di Jasin, Melaka. Hal tersebut telah diwara-warakan oleh ibu beliau bernama Noor Fatimahtul Zaharah Talib, 40, menerusi media sosial dengan memuat naik sebuah video. Ramai yang turut bersimpati setelah melihat ibu kandung remaja terbabit menangis kerana berharap anaknya dapat pulang dengan selamat ke rumah mereka.

Ibu beliau turut bercerita permulaan kronologi kehilangan Qistina apabila mereka terhidu bau wangi dan mengakibatkan mereka menjadi terlalu mengantuk seperti telah dipukau pada malam 17 Mac lalu. Qistina telah ditemui dalam keadaan selamat pada 5 April setelah hilang selama 18 hari di rumah rakan lelakinya yang berusia 20-an yang terletak di Kampar, Perak. Qistina sendiri mengaku bahawa beliau mengikut rakannya dan tinggal bersama secara suka rela.

Walaubagaimanapun, rupa-rupanya satu Malaysia telah tertipu dengan kisah yang dilontarkan oleh ibu Qistina kerana semuanya hanyalah cerita rekaan untuk menyembunyikan ‘kisah hitam’ lain. Ini kerana, Qistina sebenarnya telah menjadi mangsa pemuas nafsu bapa tirinya sejak tahun 2020. Lebih memilukan, ibu Qistina hanya tutup mata walaupun tahu kejahatan yang telah dilakukan oleh suami baru beliau terhadadap anak kandung beliau tanpa mengambil sebarang tindakan.

Terbaru, ibu kandung dan bapa tiri Qistina telah direman selama 7 hari atas dakwaan telah bersubahat dengan menyembunyikan perbuatan terkutuk suaminya dalam kejadian mencabul kehormatan Qistina. Mereka telah ditahan di KLIA2 selepas pulang dari Sabah pada Sabtu lalu.

Advertisement

Setelah lebih 2 minggu Qistina melarikan diri dari rumah, akhirnya Qistina mempunyai keberanian untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis. Maka terbongkarlah segala perbuatan jijik bapa tirinya sehingga Qistina berani  membuat keputusan dengan melarikan diri dari rumah kerana telah mengalami  trauma sejak 3 tahun yang lalu.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
@malaysianupdatenews Mak kandung ‘tutup mata’ melihat anak sendiri menjadi pemuas nafsu suami baru, satu Malaysia telah tertipu. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ Allah Allah Aghisna – Jihan Audy

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel