Connect with us

Terkini

Serik dikecam netizen, tuan rumah tulis mesej kurang beradab atas parcel memohon maaf

Seperti sedia maklum, telah banyak kisah abang-abang kurier berhadapan dengan pelanggan yang bermacam ragam semasa menjalankan tugas. Tidak kurang juga ada pelanggan yang enggan membayar wang COD dan ada juga yang sesuka hati memaki mereka walaupun hanya dengan tulis mesej pada parcel.

Tular di media sosial baru-baru ini sekeping gambar yang memaparkan sebuah parcel dengan mesej kurang beradab yang ditulis untuk pekerja kurier beberapa hari lalu. Ayat yang ditulis oleh tuan rumah yang menetap di Johor Bahru itu seperti memandang serong kepada pekerja kurier. Hal ini telah mendapat perhatian netizen dan ramai yang turut mengecam tuan rumah itu.

Sedar akan kesilapan, tuan rumah tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pekerja-pekerja kurier dengan meminta bantuan seorang pengguna Facebook yang bernama Shahruddin Helmy untuk menularkan permohonan maaf tersebut. Dia akui akan kesilapan itu kerana terlebih beremosi sebab sudah kerap kali pekerja kurier tersalah hantar parcel miliknya ke rumah orang lain.

Asbab kesilapan itu, dia (bernama Hidayah) telah mendapat tamparan hebat dan akui menyesal dengan apa yang telah terjadi. Selain menerima kecaman daripada orang ramai, wanita itu terkejut kerana ada orang telah mengubah alamat rumahnya dalam Google Maps kepada nama yang jelik.

Wanita itu meluahkan kepada Shahruddin bahawa dia berasa sangat kesal akan perbuatan tersebut kerana tidak berfikir panjang sebelum berbuat demikian dan memohon kepada netizen untuk berhenti menghukum dia dengan kecaman.

Dalam Google Maps, memang tertera alamat wanita itu telah diubah kepada nama ‘Rumah Miskin Adab’ dan ‘Rumah Bodoh Sombong Dengan Rider’. Wanita tersebut turut  berharap isu ini dapat beransur jernih tanpa berasa bersalah lagi. Kisah ini sesuai dengan peribahasa ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa’. Semoga kita semua jadikan kisah ini sebagai pengajaran dengan lebih berhati-hati sebelum membuat sesuatu perkara.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Maafkanlah dia😌 #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ ♬ suara asli – LIRIK MUSIK BAPERAN

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel