Connect with us

Terkini

Bayi Lelaki Meninggal Dunia Di Rumah Pengasuh

KUALA LUMPUR — Bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika berada di rumah pengasuhnya di Taman Selayang Jaya, Batu Caves di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Selayang sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 11.53 pagi.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan pada 9 pagi tadi mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada masalah jantung sejak lahir atau Congenital Heart Disease.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati bayi berkenaan tidak sedarkan diri semasa dikejutkan daripada tidur ketika dijaga pengasuhnya yang berusia 47 tahun kira-kira 11 pagi semalam.

Advertisement

“Pengasuh itu kemudian menghubungi ibu bayi berkenaan untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Insp J. Winson Joseph menerusi talian 016-2335454 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262222.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel