Connect with us

Jenayah

Kecewa cinta ditolak, penganggur bakar kedai telefon

Berang lamaran cintanya ditolak, seorang lelaki berusia 54 tahun bertindak mencurah petrol sebelum membakar kedai telefon tempat wanita yang diminatinya bekerja.

Ketua Polis Daerah Hilir, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang mendakwa dia selalu diganggu oleh penganggur terbabit.

“Suspek seorang lelaki warga tempatan yang tiada pekerjaan datang ke kedai dan mengamuk sehingga mencederakan pengadu dan melemparkan kata-kata lucah.

“Suspek turut mengancam keselamatan pengadu dengan emngugut akan membakar pengadu dan tempat kerja pengadu.

Advertisement

“Disebabkan terlalu takut, pengadu bergegas ke Balai Polis Lengkap untuk membuat laporan,” katanya.

Bagaimanapun semasa laporan itu dibuat, suspek telah membakar kedai telefon milik adik pengadu yang menyebabkan kerugian kira-kira RM100,000.

Perbuatan suspek yang menyimbah petrol dalam premis tersebut juga sempat dirakam oleh pekerja kedai yang kemudian memaklum kepada pihak berkuasa. Bertindak di atas maklumat itu, polis telah menahan suspek.

Ketika ditahan, suspek mengalami luka melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.

Polis percaya suspek bertindak sedemikian kerana berang cintanya ditolak oleh pengadu. Selain itu, suspek selalu datang ke kedai tersebut dalam keadaan mabuk, malah cuba memikat pengadu tetapi ditolak. Pengadu memaklumkan bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

Advertisement

Suspek direman selama lima hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 435/323 Kanun Keseksaan. Suspek kini berada di Hospital Teluk Intan untuk rawatan.

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel