Connect with us

Terkini

Maklumat tular polis Ipoh halang aktiviti keagamaan Hindu palsu

IPOH: Maklumat tular yang menyatakan polis Ipoh menghalang kaum Hindu menunaikan sembahyang hajat sempena perayaan Idugathu Kaliamman Buntong adalah tidak benar dan berunsur fitnah.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kandungan penulisan yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti polis daerah Ipoh.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) Daerah Ipoh menghormati hak menjalankan aktiviti keagamaan bagi setiap individu di negara ini yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk mengadakan upacara sembahyang keagamaan.

Dalam perkara ini, PDRM Ipoh hanya memberi nasihat dan meminta kerjasama daripada pihak kuil supaya menangguhkan perarakan chariot dan kavadi pada 21 hingga 23 April kerana pertembungan dengan tarikh perayaan Hari Raya Aidilfitri 1444h dengan jangkaan kehadiran seramai 25,000 penganut,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Yahaya berkata jika tidak ditangguhkan, perarakan yang dirancang akan meningkatkan aliran trafik dan menyebabkan kesesakan luar biasa serta risiko keselamatan ketenteraman awam di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, katanya pihak polis tiada halangan terhadap sebarang aktiviti keagamaan yang diadakan di dalam kawasan kuil berkenaan.

Jelasnya, wakil-wakil pihak penganjur aktiviti keagamaan itu juga telah diterangkan dengan jelas tentang perkara ini dan mereka memahami pandangan serta bersetuju dengan nasihat pihak polis.

Yahaya berkata pihak penganjur juga telah menafikan kepada pihak polis tentang keterlibatan mereka dalam penyebaran maklumat palsu berunsur fitnah itu.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak terperdaya dengan tuduhan tidak berasas dan membuat sebarang spekulasi mengenai kandungan WhatsApp itu sehingga menjejaskan kredibiliti polis dan menimbulkan kegusaran masyarakat.

Advertisement

“Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan penulisan itu di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,“ tegasnya.

Sejak semalam, penulisan yang bertajuk “Ketua Polis Daerah Ipoh menghalang kaum Hindu untuk menunaikan sembahyang hajat di Buntong dalam perayaan tahunan kuil Idugathu Kaliamman Buntong” tular melalui aplikasi WhatsApp. -Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel