Connect with us

Terkini

Tak dapat pulang beraya, 2 pelajar perubatan terharu hasrat pulang ke kampung akhirnya tercapai

Tular kisah dua pelajar perubatan yang berkongsi luahan kesedihan mereka tidak dapat balik beraya di kampung.

Menurut TikToker Fikarzy, dia dan rakannya hanya mampu melihat rakan-rakan lain pulang ke kampung dan mereka pula hanya sekadar menyambut lebaran itu di kediaman masing-masing.

“Tipulah kalau tak sedih bila tengok member seorang-seorang balik raya. Tapi nak buat macam ana, tiket flight mahal dan bukan semua orang T20/M40,” katanya.

Untuk itu, anak muda berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu membeli beberapa barangan keperluan seperti telur, beras, mi segera dan lain-lain untuk menempuh cuti perayaan selama seminggu.

Advertisement

Namun, mereka tidak sedar bahawa ada insan lain yang sedang memerhati kesusahan mereka itu dan tampil membantu.

“Assalamualaikum. Dapat cuti ke untuk raya? Saya baru tengok post yang terbaru (korang) tak dapat balik beraya tu. Kalau nak balik, insyaAllah boleh diusahakan,” kata individu berhati mulia berkenaan.

Akhirnya, hasrat Fikarzy dan rakannya untuk pulang ke kampung tercapai apabila individu berkenaan menaja tiket penerbangan (MAS) untuk mereka berdua.

“Tak sangka ada hamba Allah yang sanggup taja tiket untuk kami berdua balik beraya. Jatuh air mata jantan bila sampaikan khabar gembira ni kat ibu.

“Hanya Allah je tahu bertapa gembiranya perasaan kami masa ini,” katanya.

Advertisement
@malaysianupdatenews Tak dapat pulang beraya, 2 pelajar perubatan terharu hasrat pulang ke kampung akhirnya tercapai. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #raya #syawal #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel