Connect with us

Hiburan

Raja ‘Funfair’ Sudah Tiada, Mael XPDC Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

Vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Muar sekitar jam 9.30 malam, hari ini.

Berita duka tersebut telah disahkan anak perempuannya, Sharifah Irfatasha, menerusi satu kiriman teks menerusi WhatsApp ke Astro Awani.

“Adalah dengan amat sedihnya dimaklumkan bahawa bapa saya meninggal dunia di Hospital Muar pada Khamis, 27 April 2023, lebih kurang jam 9.30 malam.”

Khabar duka itu turut dikongsikan menerusi akaun Facebook pengurus kumpulan Slam, Johan Aziz berdasarkan hantaran Facebook pengurus kumpulan XPDC yang dikenali sebagai Bro Yazid.

Advertisement

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah. Terima berita dari pengurus XPDC, Bro Yazid… Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi.

“Semoga rohnya ditempatkan di sisi kekasih Allah,” ujarnya dalam hantaran itu.

Terdahulu, vokalis berkenaan pernah dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan dan tidak mampu bergerak pada Ogos 2019.

Ketika itu, arwah telah ditahan di Hospital Muar juga dan menerima rawatan hingga keadaannya kembali pulih seperti sedia kala.

XPDC amat popular ketika era 1980 hingga 1990-an kerana sering mengadakan konsert di tapak pesta sehingga mendapat jolokan sebagai ‘Raja Funfair’.

Advertisement

Band yang dianggotai Mael, Izo, Zuar dan Amy berjaya mencatat jualan album terbaik sehingga melebihi 100,000 unit.

Rekod tersebut diperolehi menerusi jualan album Darjah Satu (1990), Timur Barat (1992), Kita Peng-Yu (1994), Brutal (1997) serta beberapa album kompilasi lain.

Deretan lagu-lagu popular kumpulan ini menjadi siulan anak muda sehingga ke hari ini dan masih diputarkan di corong-corong radio.

Antara lagu terkenal XPDC adalah Nafisa, Hijau Bumi Tuhan, Aku Masih Disini, C.I.N.T.A dan Semangat Yang Hilang.

@malaysianupdatenews Raja ‘Funfair’ Sudah Tiada, Mael XPDC Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment #mailxpdc #xpdc #fyp ♬ bunyi asal –

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel