Connect with us

Global

Tiada duit bayar tambang, pasangan warga emas sanggup berjalan kaki, redah lebuh raya untuk jumpa cucu

Baru-baru ini telah tular sebuah video pasangan warga emas sedang berjalan kaki di tepi lebuh raya di Indonesia. Pasangan itu dikatakan mahu berjumpa dengan cucu mereka tetapi tidak mempunyai wang untuk membayar tambang ke rumah cucu. Jadi, mereka memilih untuk berjalan kaki ke sana.

Kehadiran mereka dikesan anggota polis yang sedang bertugas ketika itu di lebuh raya Cisumdawu, di Jawa Barat, Indonesia, pada Rabu lalu.

Video tersebut telah dikongsikan oleh @polressumedang di Instagram.

Pasangan itu mengaku hendak ke Rancakalong untuk berjumpa dengan anak dan cucu mereka setelah disoal siasat polis.

Dalam video tersebut, mereka meluahkan kerinduan terhadap cucu sehingga nekad berjalan kaki dari rumah di Jatihurip, Sumedang Utara.

Advertisement

Mereka membuat keputusan demikian kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar tambang.Pihak polis kemudian mengarahkan pasangan itu untuk berehat sebelum membawa mereka ke hentian pengangkutan awam.

Difahamkan, kedua-duanya telah pun selamat berkumpul sekeluarga dan difahamkan mereka mengalami kelemahan daya ingatan.Bahkan, pada Hari Raya lalu, keluarganya telah menziarah pasangan itu. Namun, beberapa hari kemudian, kedua-duanya membuat keputusan untuk ke rumah anak dan cucu mereka di Rancakalog.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel