Connect with us

Global

Keluarga wanita ditemui maut selepas 4 hari terjatuh lif dedah terima RM1,500 dari pihak lapangan terbang

Tular di media sosial beberapa hari yang lalu mengenai satu tragedi melibatkan seorang wanita bernama Asiah Shinta Dewi Hasibuan yang maut selepas dipercayai terjatuh ke ruangan bawah aci lif di Lapangan Terbang Kualanamu yang terletak di Indonesia.

Abang kepada mangsa, Raja Hasibuan, mendedahkan bahawa keluarga mereka yang menerima wang berjumlah RM1,500 susulan kejadian itu oleh pihak lapangan terbang terbabit.

Menurut laporan portal Kompas, Raja mengesahkan bahawa ketika pihak Lapangan Terbang Kualanamu memberikan wang tersebut, mereka tiada di rumah kerana sedang uruskan proses pengurusan mayat adiknya, Asiah.

Tapi pada ketika mereka memberikan wang itu, kami tiada di rumah kerana kami di hospital bagi menguruskan proses autopsi Asiah.

Advertisement

Dalam pada itu, peguam terkenal Indonesia, Hotman Paris yang menjadi peguam bela kepada keluarga si mangsa menjelaskan bahawa wang sejumlah RM1,500 itu bukanlah wang pampasan di atas kejadian yang berlaku tetapi ia lebih kepada tanda hormat kepada pihak Lapangan Terbang Kualanamu terhadap keluarga si mangsa.

Wang tersebut (RM1,500) bukanlah sebagai tanda ganti rugi mereka ke atas keluarga mangsa tetapi ia lebih kepada tanda meratapi atas kejadian yang berlaku ketika hadir ke rumah keluarga si mangsa.

Terdahulu, Asiah dilaporkan tidak pulang beberapa hari ke rumah mereka selepas menghantar anak saudaranya ke Lapangan Terbang Kualanamu.

Bimbang dengan keadaan itu, keluarga Aisiah meminta kakitangan lapangan terbang untuk mencarinya selepas mereka terputus hubungan dan tidak menemuinya di terminal.

Asiah kemudiannya ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke ruangan bawah aci lif lapangan terbang tersebut.

Advertisement

Tonton Video Wanita Terjatuh Lif

Sumber: Kompas.com

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel