Connect with us

Global

Ibu pengantin menangis apabila bekas kekasih menyanyikan lagu sedih dimajlis perkahwinan

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang lelaki menyanyikan lagu sedih bertemakan perpisahan pada majlis perkahwinan bekas kekasihnya, lapor portal berita Wolipop semalam.

Video dikongsikan di laman TikTok itu menunjukkan lelaki bernama Bayu Kurniawan menyanyikan lagu berjudul Januari nyanyian Glenn Fredly pada majlis tersebut di Garut, wilayah Jawa Barat.

Ketika ingin memberikan ucapan kepada pasangan pengantin, dia turut dipeluk oleh ibu kepada wanita berkenaan.

“Selamat menempuh kehidupan baharu,” demikian menurut kenyataan pada video tersebut.

Advertisement

Menurut Bayu, meskipun sudah berpisah, dia reda dan sehingga kini tetap mempunyai hubungan baik dengan bekas kekasihnya.

“Datang ke majlis perkahwinan bekas kekasih. Keliru dengan perasaan sendiri. Ibu dia turut menangis, namun kami sudah saling ikhlas dan tetap mengekalkan hubungan baik,” ujar Bayu dalam video tersebut.

Dia kemudian dilihat memberikan ucapan kepada pasangan pengantin sebelum bersalam dengan pengantin lelaki.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Pengantin perempuan sangat profesional. Dia cuba untuk bersikap tenang. Saya sukakan sikapnya,” kata seorang netizen.

Advertisement

“Pokok pangkalnya, kedua-dua mereka sudah berdamai dengan masa lalu. Bagus sekali,” ujar netizen lain.

Sementara itu, Bayu berkata, dia sekeluarga diundang ke majlis perkahwinan tersebut kerana kedua-dua keluarga masih mengekalkan hubungan baik sehingga kini.

“Kami memilih untuk berpisah dengan cara baik, jadi, tiada masalah antara kedua-dua pihak,” katanya. – Agensi

Tonton Video Ibu pengantin menangis apabila bekas kekasih menyanyikan lagu sedih dimajlis perkahwinan

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel