Connect with us

Global

Bos J&T sempat beritahu isteri mahu bunuh diri, kalah main judi online

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai bos di syarikat pengahantaran barang, J&T cawangan Tambora, Jakarta Barat, ditemui meninggal dunia akibat gantung diri pada Rabu lepas. Mangsa ditemui tidak bernyawa di tingkat tiga pejabatnya yang terletak di Tanah Sereal, Tambora.

Daripada kenyataan Polis Tambora, mangsa didakwa mengakhiri hidupnya kerana mempunyai masalah keluarga dan berhutang akibat kalah judi dalam talian. Ketua Polis Daerah Tambora, Putra Pratama berkata, mayat mangsa ditemui isterinya pada jam 4:30 petang.

“Setelah kami memeriksa tempat kejadian, mangsa ditemui mati gantung diri di tingkat 3 premis perniagaan miliknya di Tanah Sereal, Daerah Tambora,” kata Putra Sabtu lalu pada Wartakota.

“Mangsa dan isterinya sudah tidak tinggal sebumbung,” sambung Putra lagi. Sebelum mangsa mengakhiri hayatnya, dia telah menghantar pesanan terakhir kepada isterinya melalui aplikasi WhatsApp.

Advertisement

Dalam mesej itu, mangsa mahu isterinya menjaga dua anak mereka dan memaklumkan bahawa dia mahu mengakhiri hidupnya.

“Orang pertama yang jumpa mayat lelaki itu adalah isteri mangsa, kerana sebelum membunuh diri, mangsa sudah menghubungi dengan isterinya untuk memberitahu apa yang akan berlaku dan mengamanahkan anak mereka,” jelas Putra.

Selepas isterinya membaca mesej tersebut, isteri mangsa terus pergi ke pejabat suaminya untuk memeriksa keberadaannya. Isteri mangsa datang ke tempat kejadian dan malangnya, isteri mangsa menemui suaminya meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Dr. Cipto Mangunkusumo untuk dibedah siasat.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel