Connect with us

Jenayah

Pengasuh ditahan kerana disyaki mengasari dua bayi

Semalam telah tular 2 buah rakaman video memaparkan seorang pengasuh kanak-kanak bertindak kasar terhadap 2 orang bayi di bawah jagaannya. Susulan itu, ibu kandung bayi malang bernama Ash Adam tersebut telah tampil meluahkan rasa kecewa terhadap pihak taska di Skudai tersebut.

Difahamkan, pengasuh yang digelar sebagai Teacher Ira itu telah pun dipanggil polis untuk memberi keterangan lanjut. Menurut perkongsian yang dibuat oleh Zurianty Sudin, sepupu kepada ibu Ash Adam, membongkarkan terdapat pihak tertentu mencuba selesaikan kes ini tanpa melalui proses undang-undang

Zurianty turut mendedahkan hubungan antara pengasuh itu dengan keluarga Ash Adam sangat baik kerana pengasuh itu telah lama bekerja di taska itu dan turut menjaga abang kepada Ash Adam iaitu Ash Nadim. Malah, suspek turut hadir ke jamuan raya yang diadakan di rumah mereka pada minggu lepas. Oleh itu, mereka tidak sangka kejadian itu berlaku kepada Ash Adam dan sangat terkejut saat menonton video tersebut.

Turut menjadi mangsa pengasuh tersebut adalah seorang bayi perempuan bernama Safiya. Safiya juga dilayan kasar oleh pengasuh berkenaan. Bapa kepada bayi perempuan itu menegaskan dia tidak akan sesekali memaafkan perbuatan wanita itu.

“Ayah takkan lepaskan Teacher Ira. Biar dia menangis air mata darah sekali pun, ayah tetap tak akan maafkan dia,” kata Rashideen menerusi hantarannya di media sosial semalam.

Advertisement

Jelas Rashideen, kejadian itu sebenarnya berlaku di taska lama dan video kejadian baru ditularkan di media sosial semalam.

Difahamkan, Rashideen yakin bahawa bayi yang dianiaya oleh pengasuh itu adalah anaknya berdasarkan pakaian yang dipakai oleh mangsa pada hari kejadian.

Tidak dapat menerima apa yang berlaku pada anaknya, Rashideen nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh berkenaan.

Dalam perkembangan terkini, polis telah menahan suspek yang berusia 21 tahun semalam dan akan direman selama empat hari untuk membantu siasatan berdasarkan Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hasil penyiasatan awal menunjukkan bahawa suspek didapati terlibat dalam menyiksa terhadap dua bayi lelaki dan perempuan, masing-masing berusia 9 bulan dan 11 bulan, di sebuah taska di Taman Mutiara Rini, Skudai.

Advertisement

Polis mengalu-alukan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kes tersebut dan mendorong orang ramai untuk menghubungi pegawai penyiasat melalui talian 019-8822403.

Dalam video rakaman video yang telah tersebar luas tersebut, suspek terlihat mengangkat bayi pada ketinggian sederhana sebelum melepaskannya beberapa kali, diduga akibat rasa marah terhadap bayi yang menangis tanpa henti. Dalam video kedua, suspek terlihat menepuk kepala seorang bayi beberapa kali dan juga meniup wajah mangsa tersebut.

👉Kes Dera Kanak-Kanak Terkini

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel