Connect with us

Jenayah

Tular video pengasuh aniaya anak asuhan gara-gara enggan berhenti menangis

Tular di media video pengasuh menganiaya bayi baru lahir yang dipercayai tidak tahan mendengar suara tangisannya, ketika waktu tidur.

Menurut laporan The Reporter, pengasuh itu mengangkat pada ketinggian sederhana sebelum dilepaskan/dihempas beberapa kali kerana geram dengan mangsa yang menangis berterusan.

Dalam video kedua pula, kepala mangsa ditepuk berkali-kali sambil diherdik agar berhenti menangis. Malah pengasuh itu turut meniup muka mangsa tanpa dikenal pasti tujuan. Namun perbuatannya itu membuatkan mangsa tidak berhenti menangis.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Mutiara Rini, Johor dan perakam video meminta sumber menyebarkan video tersebut kerana tidak berani membuat laporan polis.

Advertisement

“Dapat video ini daripada group taman rumah. Diorang suruh sebarkan sebab tukang record tak berani report polis.

“Ya Allah, dihempas-hempas macam tu je baby tu. Speechless sebab pernah call taska ini masa nak hantar anak dulu.

“Tolonglah kalau jenis baran, tak reti sabar dan berjiwa syaitan, tolong jangan buka taksa atau jadi cikgu taska. Pergilah cari rezeki cara lain,” katanya.

Di media sosial, netizen bengang melihat tindakan pengasuh itu dan menggesa pihak berkuasa segera menyiasat dan menahan pengasuh terbabit, sebelum lebih ramai lagi kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsanya.

“Ya Allah, sebab inilah aku takut nak hantar anak kat pengasuh. Biarlah aku tak kerja dan jadi suri rumahje. Kalau kerja pun tak tenang fikirkan anak,” komen Eiyka.

Advertisement

“Woi gemok! Kalau kau ni memang tak penyabar menjaga budak, baik kau duduk je dekat neraka jahanam! Suka hati kau je buat anak orang macam tu eh!” komen Nasha.

“Ya Allah mendidih darah tengok video ni! Kalau dah tahu tak ada sifat penyabar, tolonglah jangan kerja bidang ni. Kesian anak-anak,” komen Syahira.

👉Kes Dera Kanak-Kanak Terkini

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel