Peristiwa pembunuhan untuk kehormatan atau ‘honour killing’ yang menimpa dua gadis di Afghanistan menjadi tular sekitar tahun lepas selepas video mereka tersebar luas di media sosial.
Kejadian tersebut tersebar apabila akaun TikTok bernama @Reem1810 mendedahkan peristiwa dan kronologi kejadian honour killing yang menimpa pada dua gadis malang yang berasal dari Afghanistan itu.
Semuanya bermula ketika kedua-dua gadis itu memasuki kedai aksesori di kampung mereka. Difahamkan mereka ingin membeli sesuatu tetapi tidak mempunyai wang yang cukup.
Bagaimanapun, pemilik kedai berkenaan bertindak mahu beri sahaja aksesori yang mereka mahukan tetapi bersyarat. Syaratnya adalah mereka perlu membuka tudung dan aksi mereka akan dirakam.
Lebih teruk, pemilik kedai itu kemudiannya berkongsi video yang dirakam di media sosial. Video yang tersebar akhirnya sampai ke pengetahuan bapa kepada dua gadis itu.
Akibatnya, si bapa berasa amat malu dengan kejadian yang menimpa kedua orang puterinya dan menganggap ia adalah satu keaiban yang besar terjadi kepada keluarga mereka.
Lalu, si bapa mengambil keputusan untuk menembak kedua-dua anak perempuannya sebagai tanda penghormatan. Menurut maklumat yang tersebar, pemilik kedai itu juga meninggal dunia kerana dipancung oleh penduduk setempat.
Untuk pengetahuan, honour killing itu bermaksud pembunuhan untuk melindungi kehormatan. Pembunuhan itu akan dilakukan oleh ahli keluarganya sendiri dan ianya akan terjadi jika kelakuan mereka dianggap telah menyebabkan aib yang besar.
Walaupun cerita tersebut sudah tersebar, namun sehingga kini insiden itu masih belum disahkan oleh media yang berasal dari Afghanistan.
Sumber: Teras Gorontalo
Video kronologi dua gadis ditembak bapa kandung
Video dua gadis disuruh membuka tudung oleh pemilik kedai
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI