Connect with us

Global

Wanita Tak Terima Diceraikan, Nekad ‘Sunat’ Suami Sekali Lagi

Tertekan kerana perkahwinan tidak direstui oleh ibu bapa, seorang isteri tergamak mengerat kemaluan suaminya dalam kejadian di Solo, Jawa Tengah.

Memetik TribunJatim, si isteri nekad berbuat demikian kerana tertekan perkahwinan tidak direstui oleh ibu bapa suaminya.

Kejadian bermula setelah ibu bapa mereka mendapat tahu tentang perkahwinan pasangan tersebut.

Suaminya yang tertekan dengan desakan keluarga yang tidak merestui akhirnya bertindak untuk menceraikan isterinya.

Advertisement

Malangnya, kenyataan cerai oleh lelaki tersebut seterusnya telah mengguris hati si isteri.

Si isteri yang dikenali sebagai YC,34, merupakan warga Lumajang, Jawa Timur, manakala suaminya dikenali sebagai IPN berusia 20 tahun.

Ketua Polis Surakarta Kombes Pol Iwan Saktiadi berkata, pasangan itu berkahwin mengikut adat tradisional Bali setahun yang lalu.

“Pelaku, YC penduduk Lumajang, Jawa Timur, manakala IPN adalah penduduk Malaya Bali,” jelas Iwan Saktiadi.

Keduanya mula menjalin hubungan ketika bertemu di Bali pada September 2022 yang lalu.

Advertisement

Kisah cinta mereka bermula apabila mangsa menyewa motosikal daripada pelaku. Kemudian di antara mereka berdua telah timbul rasa suka dan akhirnya berkahwin.

“Mereka berdua datang ke rumah ibu bapa kandung mangsa, namun ternyata ibu bapa mangsa tidak bersetuju dengan perkahwinan itu dan diserang histeria.

“Mangsa turut berasa kecewa, lalu menyuruh pelaku pulang ke Denpasar, Bali. Dalam perjalanan pulang, pelaku menghubungi mangsa agar tidak berpisah dan mereka bersetuju untuk berjumpa di tempat kejadian,” kata Iwan lagi.

Selasa 16 Mei, lebih kurang jam 01.00 WIB, mangsa akhirnya bertemu dengan pelaku di sebuah hotel.

“Kejadian berlaku pada 16 Mei 2023 pukul 04.30 WIB di sebuah hotel di Jebres Solo. Ketika mangsa sedang nyenyak tidur, pelaku telah bertindak mengerat kemaluan mangsa sehingga mengalami kecederaan,” jelas Iwan Saktiadi.

Advertisement

Selepas kejadian itu, mangsa tersedar dan melihat dirinya berlumuran darah lalu segera memanggil penyambut tetamu untuk meminta bantuan.

Mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans ke Hospital Moewardi Solo untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, polis yang menerima laporan segera bergegas ke lokasi kejadian bagi menahan pelaku dan menjalankan siasatan.

“Buat masa ini, pelaku dan bukti telah diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Polis Surakarta untuk diproses mengikut prosedur selanjutnya,” akhiri Iwan.

Sumber: Tribunnews

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel