Connect with us

Jenayah

Cubaan lelaki berpakaian telekung mencuri tabung masjid gagal

Sebuah video rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah masjid yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor telah merakam seorang individu memakai telekung berwarna biru sedang cuba ‘memancing’ duit dari tabung masjid.

Dipetik daripada laporan Majoriti, kegiatan tersebut bermula apabila individu terbabit memasuki kawasan dalam masjid dan terhendap-hendap ke sekeliling kawasan seperti berjaga-jaga. Individu itu juga sempat menutup lampu yang berada berdekatan tabung masjid sebelum mahu mencuri tabung berkenaan.

Bagaimanapun, cubaan mencuri itu telah gagal apabila kelibatnya dikesan pengawal keselamatan lalu individu tersebut terus melarikan diri sebelum sempat mencuri apa-apa.

Salah seorang siak di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor, Azman Sulaiman mendakwa kejadian tersebut berlaku ketika kawasan sekitar masjid tersebut masih dalam proses pengubahsuaian sejak tahun lalu.

Advertisement

Oleh itu, katanya keselamatan masjid berkenaan agak kurang baik, malah dakwanya suspek mungkin telah melakukan pemeriksaan awal sebelum menjalankan kegiatan tersebut.

“Setakat ini kami dah buat laporan polis kerana suspek gagal ditangkap ketika kejadian.

“Masjid masih dalam fasa pengubahsuaian sejak tahun lalu, jadi mungkin pagar masjid tidak kukuh,” katanya kepada Majoriti pada hari ini.

Video itu dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Abe Hadie Ismail, di sebuah group komuniti bernama Bandar Baru Bangi Community. Kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 3 pagi lebih pada malam semalam.

Menurut Hadie lagi, individu terbabit merupakan seorang lelaki. Dia memakai telekung dan pelitup muka supaya tidak ada orang dapat mengenalinya. Individu itu tidak dapat ditangkap kerana pengawal keselamatan gagal mengejar pencuri yang melarikan diri dengan laju.

Advertisement

Sumber: Majoriti dan Abe Hadie Ismail

Video percubaan lelaki bertelekung mencuri tabung masjid

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel