Connect with us

Jenayah

Lelaki Ditemui Maut Dengan Empat Kesan Tembakan Di Kepala

Seorang lelaki tempatan ditemui maut dengan empat kesan tembakan di bahagian kepala dalam kejadian berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat, lewat malam Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, pihaknya menerima satu laporan mengatakan berlakunya satu kejadian tembak daripada anggota sukarelawan polis kira-kira jam 11.30 malam.

Pengadu sedang bertugas di Balai Polis Sungai Jarom mendengar beberapa letupan yang kuat berhampiran Balai Polis Sungai Jarom dan terus menuju ke kawasan kejadian.

Pengadu mendapati seorang lelaki warga tempatan sedang terbaring kaku di bahu jalan dalam keadaan berdarah,

Advertisement

Dalam pada itu, mangsa disahkan maut ditempat kejadian akibat pendarahan di bahagian kepala dengan lima kelongsong peluru dijumpai unit forensik di sekitar tempat kejadian.

Hasil siasatan polis juga mendapati mangsa yang berusia 39 tahun itu memiliki 13 rekod jenayah lampau.

Ketika ini, pihak polis sedang giat melakukan usaha untuk mengesan suspek dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh dan pihak polis.

Video Kejadian Tembakan Berhampiran Balai Polis Sungai Jarom

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel