Connect with us

Global

Angin terlalu kencang sehingga melayangkan sofa di Turkiye

Sebelum ini, tular di Malaysia tentang kejadian dinding sebuah rumah flat tertanggal akibat ribut yang sangat kuat melanda di Kuala Lumpur. Terbaharu, tular pula tentang sofa terbang dari sebuah apartment akibat dibawa oleh ribut kuat di Ankara, Turkiye.

Pada mulanya, si perakam hanyalah mahu merakam keadaan ribut kuat yang berlaku di sana dan secara tiba-tiba dia terakam kejadian yang jarang berlaku iaitu sebuah sofa melayang di langit.

Video tersebut telah mengejutkan netizen di seluruh pelosok dunia setelah menyaksikan kejadian itu. Ini bermakna ribut yang melanda di Ankara itu sangat kuat sehingga boleh menerbangkan sofa yang sudah semestinya agak berat.

Menerusi video tersebut, sofa yang melayang itu kemudiannya jatuh berhampiran dengan bangunan yang diduduki oleh si perakam.

Advertisement

Dalam video tersebut, juga dapat dilihat suasana ribut kencang di sekitar bandar tersebut yang sangat menakutkan. Awan dan langit bertukar gelap, menciptakan suasana yang lebih seram.

Memetik laporan daripada Hindustan Times, seorang dilaporkan telah cedera selepas kelajuan angin sudah mencecah 45km/j. Akibat dari itu, ia telah menumbangkan pokok, menerbangkan bumbung dan beberapa tingkap bangunan di Ankara. Kejadian itu dipercayai berlaku pada Rabu lalu.

Sumber: Hindustan Times

Video angin kuat sehingga melayangkan sofa

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel