Connect with us

Terkini

Bekas Adun Tambun Tulang Meninggal Dunia

KANGAR, 22 Mei (Bernama) — Bekas Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang Datuk Ismail Kassim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang hari ini.

Berita sedih itu dikongsi oleh Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim yang juga abang kepada Ismail, menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Menurut Shahidan, Ismail yang juga adik bongsu beliau meninggal dunia pada 2.45 petang tadi.

Ismail, 63, pernah menjadi ADUN Tambun Tulang selama dua penggal sejak Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13) dan PRU14.

Advertisement

Sebelum itu, beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Arau dari 2008 hingga 2013.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel