Connect with us

Terkini

Beberapa kereta dari negara seberang melawan arus di Johor

Terdapat sebuah video tular memaparkan laluan jalan raya menjadi sesak apabila beberapa buah kenderaan dilihat memandu secara melawan arus pada Selasa lalu di Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor.

Dipetik daripada laporan Majoriti, difahamkan kebanyakan kereta-kereta tersebut berasal dari negara seberang kerana rata-ratanya nombor kenderaan didaftarkan dari negara tersebut dan kawasan itu bersempadan dengan tambak Singapura.

Video tular itu dirakam melalui kamera dashcam dan didapati pemandu (perakam) berkenaan hampir dilanggar akibat didatangi beberapa buah kamera yang datang dari arah bertentangan.

Video tersebut telah menerima lebih 15,000 jumlah tontonan di Twitter sejak mula tular Rabu lalu turut menarik perhatian netizen. Ada yang meluah kemarahan dan ada juga yang berkata mereka sudah lali kerana pernah berhadapan dengan situasi itu beberapa kali.

Advertisement

Difahamkan, penduduk di kawasan berkenaan sudah kerap lalui situasi terbabit dan sudah menjadi kebiasaan terutamanya ketika waktu puncak sekitar jam 5 hingga 6:30 petang dan pada hujung minggu.

Tiada kemalangan dilaporkan berlaku di tempat kejadian, justeru orang ramai yang kerap memandu di kawasan itu dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati.

Video pemandu dari negara seberang melawan arus

Sumber: Majoriti

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel