Connect with us

Jenayah

Gadis dibunuh di kebun sawit adalah yatim piatu, majikan harap nasibnya terbela

Baru-baru ini, viral satu Malaysia tentang seorang lelaki berusia 20 tahun sanggup membunuh teman wanitanya gara-gara ingin merahsiakan aib kandungan luar nikah. Difahamkan, mangsa yang berusia 21 tahun itu telah ditikam, ditoreh perut dan dibakar sebanyak dua kali oleh teman lelakinya yang dipercayai mahu menutup kehamilan luar nikah wanita itu.

Lebih kejam, suspek telah membakar mangsa menggunakan petrol untuk kali pertama dan datang semula ke lokasi kejadian pada awal pagi keesokan harinya untuk membakarnya buat kali kedua.

Menerusi laman TikTok, seorang lelaki mengaku sebagai majikan kepada gadis malang itu meluahkan rasa hiba dengan nasib yang ditimpa gadis tersebut. Walaupun, tidak mempunyai pertalian darah, @arms_eirham turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan polis.

Pemilik kedai makan itu turut berkata, gadis malang yang dilaporkan sedang mengandung 4 bulan itu rupa-rupanya adalah anak yatim piatu tetapi masih mempunyai adik-beradik lain dan menyifatkan mangsa sebenarnya seorang yang peramah dan manja.

Advertisement

Mangsa dan teman lelakinya dikatakan telah bercinta selama setahun. Bagaimanapun, suspek turut mempunyai seorang lagi teman wanita lain. Hal ini, diketahui umum apabila wanita terbabit memuat naik gambarnya bersama suspek di TikTok bersama penjelasan bahawa dia bukanlah tunang kepada suspek.

“Salam semua, saya bukan tunang dia. Saya hanya girlfriend dia. Walau betul sekalipun dia bersalah, biarlah dia terima hukuman. Nak tak nak kita kena telan juga. Biarkanlah apa yang terjadi ni, jadikan pengajaran, ambil ikhtibar untuk semua perempuan di sana. Untuk A***n, terima kasih ya, aku dah maafkan semuanya,” tulis gadis terbabit.

Menjengah di ruangan komen, wanita itu berkata suspek sebenarnya seorang yang baik dan mungkin keadaan memaksa suspek bertindak demikian.

Dipetik daripada laporan Utusan Malaysia, pihak polis merekodkan keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, kesemua individu itu melibatkan saksi-saksi kejadian termasuk suspek utama.

Advertisement

“Keterangan mereka sudah diambil dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut 302 Kanun Keseksaan. Tiada sebarang tangkapan lain dilakukan setakat ini,” katanya ketika dihubungi petang semalam. Tambah beliau, proses bedah siasat dijangka dilakukan Hospital Sungai Buloh hari ini.

“Perkara itu melibatkan urusan hospital namun mayat mangsa belum diserahkan kepada keluarga setakat ini,” ujarnya.

Terbaharu, menerusi perkongsian di halaman TikTok bernama @carljohsonnnn, sebuah tangkap layar perbualan mesej antara  teman wanita suspek berkata bahawa bukan suspek yang buat (pembunuhan), cuma suspek turut terlibat sama dan mengakui kes ini terlibat dengan ‘ramai’ orang.

Di ruangan kapsyen video tersebut tertulis, “Cuma nak keadilan untuk arwah, selain suspek yang dah tertangkap, yang dikatakan ‘Ramai’ terlibat perlu tampil dan bertanggungjawab demi keterangan si arwah.”

Menerusi ruangan komen video tersebut, ramai yang berpendapat bahawa teman wanita suspek itu mencurigakan dan pelik bagaimana dia tahu banyak perkara tentang kes ini.

Advertisement

”Eshaa tu tau pulak eh😅 kira subahat la kan sebab tak laporkan boleh didakwa atas akta 107 sebab bersubahat,” kata pemilik akaun bernama Lengkuas.

“Macam sesuatu awek dia ni.. macam mana dia boleh tahu semua dan dia tahu orang tu teman lelaki orang tapi dia masih beria gelarkan diri dia teman wanita?” kata pemilik akaun bernama Kakakmanis287 pula.

@carljohsonnnn Cuma nak keadilan untuk arwah, selain suspect yg dah tertangkap, yg dikatakan "Ramai" terlibat perlu tampil dan bertanggungjawab demi ketenagan si arwah! #sungaibesar #kesbakar #kesbakarbunuh #eshaaa ♬ Horror Sound Music – Mauro Rawn

Apa-apa pun, biarlah pihak polis yang membuat siasatan dan lambat laun kebenaran pasti akan terungkai.

Sumber: Utusan Malaysia, TikTok @arms_eirham dan TikTok @carljohsonnnn

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel