Connect with us

Terkini

Kes rompakan pasar raya di Kuching, lelaki bersenjata menyamar pakai baju kurung

Seseorang yang terdesak mahu mencuri mahupun merompak sanggup melakukan apa-apa sahaja walaupun terpaksa memakai pakaian perempuan kerana tidak mahu identitinya diketahui. Terdahulu, kejadian di Bangi, seorang lelaki memakai telekung ketika cuba mencuri tabung masjid.

Kini, seorang lelaki menyamar dengan memakai baju kurung untuk merompak sebuah pasar raya di MJC Batu Kawah, Kuching, Sarawak pada Khamis lalu.

Kejadian tersebut berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan. Video berdurasi 42 saat itu telah dimuat naik di laman Facebook Borneo Network yang memaparkan seorang lelaki berbaju kurung dan memakai topi keledar sehingga menutupi muka datang dari arah luar kedai lalu terus menuju ke kaunter yang berada berhampiran pintu keluar.

Kelihatan suspek tersebut turut memegang senjata iaitu parang dan memakai sarung tangan getah bagi mengelakkan cap jarinya dikesan seperti suspek sudah biasa merompak.

Advertisement

Dalam video tersebut, suspek turut bertindak mengugut salah seorang pekerja perempuan pasar raya berkenaan.

Mangsa kelihatan terkejut dan panik hanya mampu mendiamkan diri dan hanya mampu melihat suspek melarikan mesin kaunter wang pasar raya itu.

Buat masa sekarang, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari media yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Video perompak berbaju kurung di Kuching

Sumber: FB Borneo Network

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel