Connect with us

Terkini

Warga emas sanggup pergi bandar jual kerepek demi kelangsungan hidup, tinggal berseorangan di rumah usang

Seorang wanita warga emas sanggup ke bandar di Tawau, Sabah seorang diri untuk menjual kerepek demi kelangsungan hidupnya.

Kisah ini dikongsi oleh Nurhidaya Mahmud di laman Facebook miliknya pada Jumaat lalu apabila dia ternampak seorang wanita tua itu, lalu dia membuat keputusan untuk menghantarnya pulang ke rumah di Jalan Kinabutan Ria, Tawau, Sabah.

Lebih memilukan di dalam salah satu video yang dikongsikan, kelihatan wanita tua itu tertidur apabila memasuki kereta kemungkinan kepenatan setelah berniaga kerepek di sekitar bandar Tawau.

Namun, suasana semakin sedih ketika Nurhidaya sampai ke rumah wanita tua itu yang kelihatan sangat usang dan uzur.

Advertisement

“Mak cik ni tunjuk jalan di mana dia tinggal, sekali sampai, Allahuakbar tiba-tiba air mata terus deras mengalir tengok keadaan tempat tinggal makcik ini seorang diri.

“Ya ALLAH macam-macam dalam terlintas dalam fikiran makcik ini makan apa, hujan ribut sendiri, sakit,” tulis Nurhidaya di halaman Facebooknya.

Sementara itu, Nurhidaya tidak dapat menahan sebak ketika berada di rumah wanita tua tersebut, dan dia mulai menginsafi diri kerana pernah mempersoalkan takdir Allah kepadanya.

Dalam masa yang sama, Nurhidaya mengajak orang ramai untuk membantu wanita tua tersebut dengan mengirimkan barang-barang keperluan harian kepadanya.

“Dalam hati, ada lagi org lagi susah dari kita yang selalu mengeluh dan mempersoalkan takdir ALLAH.

Advertisement

“Mak cik tinggal di Jalan Kinabutan Ria dan sesiapa yang lalu situ bolehlah kita hantarkan keperluan seharian mak cik ni. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki dan kesihatan yang baik,” katanya lagi.

Video warga emas tinggal di rumah usang

Sumber: Facebook Nurhidaya Mahmud

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel