Connect with us

Jenayah

Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil akan dilanjutkan

KUALA SELANGOR – Reman terhadap seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar disambung lima hari sehingga Jumaat.

Dipetik daripada laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, kebenaran lanjutan reman terhadap suspek berusia 20 tahun dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada Isnin.

Menurut beliau, tempoh reman berakhir Isnin itu disambung kerana masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita akan merujuk kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Advertisement

Suspek yang berpakaian lokap ungu itu hadir ke mahkamah dengan dikawal ketat anggota polis, kira-kira jam 8.10 pagi.

Sementara itu, Agus Salim dalam kenyataannya meminta orang ramai tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan tidak sahih di media sosial mengenai kes berkenaan.

Beliau menegaskan, tindakan menyebarkan spekulasi itu hanya akan mengganggu siasatan polis yang sedang dijalankan ketika ini.

“Polis tidak teragak-agak membuka kertas siasatan ke atas individu itu mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya.

Khamis lalu, polis mengesahkan telah mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kes terbabit.

Advertisement

Mangsa yang berusia 21 tahun sebelum ini dilaporkan dibunuh pada 22 Mei lalu dipercayai kerana teman lelakinya yang mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit bersama mangsa.

Mayat mangsa kemudiannya ditemui keesokan harinya selepas polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 8.15 pagi.

Polis menahan suspek berusia 20 tahun pada hari yang sama di sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam.

Video lelaki bunuh teman wanita hamil hadir ke mahkamah

Sumber: Sinar Harian dan TikTok @restu_ibu63

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel