Isu ubah suai rumah secara haram sentiasa menjadi hangat dan diperdebat ramai. Mana tidaknya kediaman strata seperti flat, pangsapuri dan kondominium terikat dengan Akta 757 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja tetapi masih ramai yang sesuka hati ubah suai dan tambah untuk membesarkan lagi rumah mereka tanpa menghirau penghuni lain serta keselamatan bangunan itu sendiri.
Baru-baru ini tular lagi isu yang berkait dengan ubah suai kediaman flat yang dimuat naik di Twitter oleh Malaysia Most Viral. Video tersebut memaparkan sebuah unit flat yang digubah suai di bahagian belakang rumah berkenaan dengan meletak pagar di sekeliling rumahnya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah penambahan itu menyebabkan meter air unit lain di bangunan tersebut berada di dalam pagar rumah terbabit sehingga menyusahkan penduduk lain jika berlaku sebarang kerosakan pada meter air.
Menerusi video tersebut, kawasan tambahan berpagar itu diubah sebagai dapur dan tempat mencuci pakaian oleh pemilik unit itu.
Difahamkan, lokasi flat tersebut berada di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dan dirakam pada 22 Mei lalu.
Dalam klip tersebut, dilihat pemilik video memanggil pemilik unit terbabit dipercayai mahu membaiki meter air miliknya yang terletak di dalam kawasan berpagar tersebut.
Menjengah di ruangan komen, ramai netizen meluah rasa tidak berpuas hati dan menganggap pemilik unit itu hanya mementingkan diri.
“Abang ni ada hak kalau dia nak robohkan. Sebab buat penambahan tu memang tak boleh pada asalnya,” kata @YuzYussof.
“Kalau macam ni, macam mana syarikat air nak check meter air. Pakai teropong ke?” kata @azalinamyusop.
Sial la B40 hidup menyusahkan org je. Flat Muhibbu Al-Arabi dekat jalan 7/116b bukit kuchai. pic.twitter.com/CXdAqxr98P
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) May 29, 2023
Sumber: Twitter @Malaysiaviralll
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI