Seorang gadis berusia 16 tahun di Delhi, India maut ditikam dan dipukul berkali-kali di khalayak ramai, lapor India Times.
Kejadian dilaporkan berlaku pada 29 Mei lalu sewaktu orang ramai melewati mereka dan hanya memandang dengan cemas tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan serangan.
Gadis remaja itu hanya diam tidak dapat melakukan apa-apa sambil diserang secara bertubi-tubi oleh lelaki berusia 20 tahun tersebut ke atas dirinya.
Kejadian mengerikan itu berjaya dirakam oleh kamera keselamatan di Rohini utara Delhi pada hari Ahad.
Gadis itu didakwa telah dibunuh oleh teman lelakinya di sebuah lorong yang sibuk di kawasan kejiranan yang padat.
Menerusi rakaman kamera keselamatan itu, suspek dilihat menyerang remaja tersebut dengan pisau dan menikamnya secara berulang kali.
Pada satu ketika, pisau tersebut kelihatan tersangkut dan suspek terpaksa menggoncangnya untuk melepaskan pisau berkenaan.
Selain itu, suspek juga dilihat mengambil ketulan batu dan memukulnya berulang kali.
Kes itu dilaporkan berlaku di kawasan Shahbad Dairy di barat laut Delhi. Mangsa merupakan salah seorang daripada penduduk di JJ Colony di Shahbad Dairy.
Susulan pembunuhan kejam itu, suspek kemudiannya melarikan diri dan menghilang. Namun suspek kemudiannya berjaya ditahan di Bulandshahr.
Menurut keterangan polis, gadis itu sedang dalam perjalanan ke majlis sambutan hari jadi anak rakannya sebelum dia diserang.
Pasangan itu dilaporkan merupakan pasangan kekasih dan sedang menjalin hubungan, namun mereka dipercayai bertengkar pada hari Sabtu sebelum kejadian itu berlaku.
Suspek dikatakan telah mengekori mangsa dan kemudiannya melakukan perbuatan kejam itu ke atas mangsa.
Kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan India dan telah didaftarkan di balai polis Shahbad Dairy selepas menerima aduan daripada bapa mangsa.
Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan Wanita, Rekha Sharma menggesa Polis Delhi untuk menjalankan siasatan yang adil ke atas kes tersebut.
“Beberapa orang melihat tetapi tidak mengendahkannya. Delhi telah menjadi sangat tidak selamat untuk wanita dan kanak-kanak perempuan,” kata ketua DCW, Swati Maliwal.
“Seorang gadis bawah umur dibunuh dengan kejam secara terbuka di Delhi. Ini sangat malang dan menyedihkan. Penjenayah telah menjadi tidak takut kepada polis,” kata CM, Arvind Kejriwal.
Sumber: India Times
Video lelaki hempuk teman wanita depan orang ramai
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI