Connect with us

Global

Bebe Rexha tak serik, terima tiga jahitan selepas peminat baling telefon bimbit

Bintang pop terkenal, Bebe Rexha dikejarkan ke hospital selepas cedera di muka akibat terkena telefon pintar yang dilempar peminat ketika sedang membuat persembahan konsert di Pier 17, Amerika Syarikat.

Menurut laporan agensi berita Reuters, konsert pada Ahad itu dibatalkan serta-merta dan Bebe Rexha, 33, terpaksa mendapatkan tiga jahitan pada bahagian kening.

Seorang lelaki, 27, ditahan polis atas kesalahan mencetuskan kekecohan dan serangan.

Sementara itu, Bebe Rexha menerusi laman sosial TikTok berkongsi keadaan dirinya sambil mengatakan dia dalam keadaan baik.

Advertisement

“Saya baik saja, dan tidak apa-apa,” katanya sambil tersenyum.

Bagaimanapun, dalam video tersebut jelas kelihatan kesan lebam pada mata kirinya.

“Tragedi itu menyebabkan saya menerima tiga jahitan pada bahagian kening. Namun, saya tidak akan serik untuk membuat persembahan di atas pentas selepas ini.

“Bagaimanapun, saya akan meningkatkan kawalan keselamatan supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya.

Ketika membuat persembahan di New York, Amerika Syarikat beberapa minggu lalu, pelantun lagu Back To You itu dilempar dengan sebuah telefon bimbit oleh seorang penonton dan terkena tepat pada mukanya.

Advertisement

Rexha yang terduduk sambil mengerang kesakitan itu kemudiannya telah dibawa keluar oleh petugas keselamatan dan menerima tiga jahitan pada bahagian keningnya.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel