Connect with us

Hiburan

Pelakon, Pengarah Veteren ‘Mat London’ Meninggal Dunia

Pelakon dan Pengarah, Ahmad Ibrahim dilapor meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 5.57 pagi ini.

Allahyarham Ahmad Ibrahim yang juga dikenali sebagai Mat London telah meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Berita pemergian Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) itu disahkan menerusi Facebook anaknya, Salmany Akir Ahmad.

“Sesudah laungan azan subuh… Papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi di pagi Jumaat,” katanya.

Advertisement

Sebelum ini, Allahyarham menerima rawatan di HKL sejak 16 Jun lalu akibat masalah jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun, keadaannya bertambah kritikal dan tidak memberi sebarang tindak balas hingga terpaksa ditidurkan pada 26 Jun.

Menurut Sinar Harian, selain masalah jangkitan paru-paru, Allahyarham turut mempunyai masalah keupayaan jantung yang lemah untuk mengepam darah. Allahyarham juga dilapor mengidap masalah buah pinggang.

Allahyarham merupakan antara tunjang filem komedi seram popular, Kampung Pisang. Dalam siri filem berkenaan, Allahyarham membawa watak sebagai Pak Karim.

Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi HKL sejak 16 Jun lepas kerana jangkitan paru-paru.

Advertisement

Jenazah dibawa ke Masjid Taman Melawati pagi ini dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Nak iklan di TikTok kami yang berjumlah 1.6 Juta Followers dengan hanya RM20? KLIK SINI

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel