Connect with us

Global

Pempengaruh Kecergasan Maut, Leher Patah Dihempap Besi 180 Kg Ketika Bersenam

Jakarta: Pempengaruh dan jurulatih kecergasan warga Indonesia meninggal dunia akibat patah leher ketika cuba mengangkat piring angkat berat atau barbel.

Channel News Asia (CNA) melaporkan, kejadian berlaku ketika Justyn Vicky, 33, sedang melakukan rutin kecergasan di sebuah pusat gimnasium di Bali, Indonesia pada Sabtu.

Menerusi video yang tersebar di laman sosial, Vicky dilihat di pusat gimnasium The Paradise Bali dalam keadaan mencangkung dengan barbel di bahunya.

Bagaimanapun, dia kelihatan tidak dapat berdiri tegak selepas mencangkung.

Advertisement

Sebaliknya, Vicky kembali ke posisi duduk apabila alat senaman dipegang jatuh di belakang lehernya.

Pembantunya yang memberikan bantuan dan sokongan ketika angkat berat juga kelihatan hilang keseimbangan dan dilihat jatuh ke belakang bersamanya semasa kejadian.

Menurut laporan, Vicky yang juga ahli bina badan dan mempunyai 30,000 pengikut di Instagram (IG) cuba mengangkat barbel seberat 210 kilogram.

Insiden itu menyebabkan Vicky patah leher dan kritikal saraf penting yang menyambung ke jantung dan paru-parunya.

Vicky dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia sejurus selepas pembedahan kecemasan.

Advertisement

Berikutan pemergiannya, ramai menzahirkan ucapan takziah di IG dengan rata-rata mengingatinya sebagai seorang yang mempunyai personaliti yang mesra dan terbuka.

“Justyn lebih daripada sekadar pakar kecergasan, dia adalah penyeri inspirasi, motivasi, dan pemberi sokongan yang tidak berbelah bahagi,” tulis pusat gimnasium The Paradise Bali menerusi satu hantaran di IG. – Agensi

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel