Connect with us

Hiburan

Baby Shima Umum Bertanding PRN, Mahu Bela Nasib Rakyat

Mahu membela nasib rakyat, Penyanyi dangdut, Baby Shima mengumumkan bahawa dirinya bakal bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Baby Shima berkongsi mengenai penglibatannya dalam PRN Ogos ini melalui satu video yang dimuat naik di Instagramnya.

“Dengan penuh rasa rendah diri dan mohon jasa baik semua rakyat Malaysia. Shima akan bertanding PRN ini dan berkhidmat untuk semua,” tulisnya.

Bagaimanapun, Baby Shima tidak mendedahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan negeri mana bakal bertanding.

Advertisement

“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini, saya ingin mengumumkan akan bertanding PRN untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya dalam video tersebut.

Meninjau komen di hantaran berkenaan, rata-rata dilihat tidak sabar ingin mengetahui DUN serta negeri mana Baby Shima akan bertanding.

Sementara itu, memetik BH Online, Shima memaklumkan dia akan mengumumkan manifestonya tidak lama lagi serta mengatakan dia mahu berbakti kepada masyarakat.

“Saya akan mengumumkan kawasan dan manifesto kemudian. Objektif saya menyertai politik untuk membela nasib rakyat agar beban dihadapi dapat diselesaikan,”

Advertisement

“Sebelum ini, ramai artis lain terbabit dalam politik. Tujuannya mahu yang terbaik untuk rakyat.

“Bagi saya, tidak salah jika mahu berbakti kepada masyarakat terutama sekali golongan muda. Kalah atau menang, itu soal nombor dua. Tidak salah untuk saya mencuba perkara baik. Doakan saya,” katanya.

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel