Connect with us

Global

Zoo China Nafi Pamer Beruang Matahari Pakai Kostum

Sebuah zoo di timur China menafikan dakwaan dan telahan bahawa beberapa ekor beruang matahari yang dipelihara di situ sebenarnya ialah manusia yang menyarung kostum haiwan tersebut, susulan gambar beruang berkenaan yang berdiri seperti manusia dalam dalam media sosial.

Jurucakap Zoo Hangzhou dalam kenyataan di media sosialnya berkata, beruang matahari berkenaan berasal dari Malaysia memiliki saiz yang lebih kecil dan secara fizikalnya kelihatan berbeza berbanding beruang dari negara lain, lapor Hangzhou Daily.

“Sesetengah orang fikir ‘saya’ berdiri seperti manusia,” ujar kenyataan tersebut yang ditulis dari sudut pandangan beruang itu.

“Nampaknya anda tidak begitu memahami ‘saya’,” tambah kenyataan itu.

Advertisement

Seorang pekerja zoo berkenaan yang menjawab panggilan telefon Hangzhou Daily bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenai beruang itu tetapi berkata lawatan sedang diatur untuk wartawan melihat haiwan berkenaan.

Pengguna Internet sebelum ini mempersoalkan sama ada beruang di zoo itu benar-benar haiwan selepas foto tersebar menunjukkan seekor beruang berdiri tegak dengan kaki belakang yang langsing.

“Oleh kerana cara beruang itu berdiri kelihatan mirip kaki manusia, sesetengah netizen mempersoalkan sama ada beruang itu adalah ‘manusia yang menyamar’ dalam kostum haiwan berkenaan,” tambah laporan Hangzhou Daily.

Zoo berkenaan menambah bahawa beruang matahari adalah sama saiz dengan anjing besar, berdiri paling tinggi 1.3 meter (4 kaki 3 inci) pada kaki belakang mereka, berbanding ketinggian sehingga 2.8m (9 kaki 2 inci) untuk beruang spesies grizzlies dan spesies beruang lain.

Terdahulu, Zoo lain di China telah dituduh mempamerkan anjing yang ‘dicelup’ supaya kelihatan seperti serigala atau kucing Afrika; dan keldai yang dicat supaya ia kelihatan seperti kuda belang.

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel