Connect with us

Jenayah

Buka seluar dan cuba cabul warga emas di tempat awam

Memetik Buletin TV3, seorang lelaki warga asing dilaporkan mencuba untuk melakukan perbuatan cabul terhadap seorang wanita warga emas di tempat awam iaitu berlokasi di Jalan Bunga Tanjung, Ampang.

Suspek yang telah pun ditahan pihak polis itu juga disahkan positif dadah dan turut memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Video aksi tidak senonoh itu turut dirakam oleh orang awam sebelum ia menjadi tular di media sosial.

Perkara itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam di mana pihak mereka telah menerima laporan daripada mangsa yang juga suri rumah berusia 71 tahun pada hari kejadian.

Advertisement

Suspek yang juga penagih dadah telah ditahan orang awam di lokasi kejadian, selepas mangsa menjerit meminta tolong.

Sepasukan polis dari Balai Pandan Indah telah membuat tangkapan semula terhadap lelaki pemegang kad UNHCR berusia 23 tahun terbabit.

Suspek juga dilaporkan mempunyai dua rekod lampau melibatkan kesalahan dadah dan telah direman 4 hari bagi tujuan membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel