Connect with us

Terkini

Tarian ‘goyang gerudi’ anak muda berlaku di luar kawalan, penganjur tampil mohon maaf

Tular pada ahad lalu sebuah video memaparkan sekumpulan anak muda menari dalam keadaan kurang sopan di sebuah konsert di depan Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersempena dengan program PORT FEST 2023.

Ia susulan pergaulan bebas antara pengunjung lelaki dan perempuan yang dilihat bebas menari bercampur-campur tanpa mengira batas sehingga menjadi bualan ramai.

Susulan itu, pihak pengurusan agensi kreatif kerajaan Perak, PORT (People of Remarkable Talents) tampil membuat permohonan maaf berhubung tarian ekstrem yang dilakukan oleh segelintir penonton.

Memetik laporan Bernama, Pengurus Besar PORT, Nur Hanim Mohamed Khairuddin berkata agensi itu sebagai penganjur menjelaskan insiden terbabit berlaku sewaktu persembahan UBS Band di mana ia bukanlah sesuatu yang disengajakan atau diatur, sebaliknya berlaku di luar kawalan.

Advertisement

“Pihak penganjur dengan ini memohon maaf sekiranya adegan tarian yang sedang ditularkan tersebut telah menyentuh sensitiviti sebahagian masyarakat.
“Kaedah untuk penganjuran konsert seterusnya sedang dikaji agar peristiwa sebegini dapat dielakkan pada masa hadapan,” menurut kenyataan.

Sementara itu, Nur Hanim berkata, tujuan utama penganjuran festival itu adalah untuk memberi pendedahan serta peluang perniagaan kepada lebih daripada 300 penggiat seni di Perak.

Difahamkan, program itu berjaya menarik sekitar 20,000 orang pengunjung dan menjana manfaat kewangan sebanyak kira-kira RM450,000 menerusi jualan makanan, minuman, produk seni kreatif, acara persembahan, pameran dan pertandingan serta penyewaan penginapan.

Terdahulu tular insiden ‘tarian ekstrem’ oleh segelintir penonton pada konsert di depan Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena program PORT FEST 2023.

Sumber: Astro Awani (Amirrul Rabbani)

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel