Connect with us

Jenayah

Naik angin kerana dihina malas kerja, anak belasah bapa guna penyodok hingga maut

Berang kerana kerap kali dihina dan dimarahi kerana malas bekerja, seorang lelaki berusia 40-an tergamak memukul bapanya dengan menggunakan penyodok pasir sehingga meninggal dunia di sebuah rumah terletak di Jalan PJS 10/9A, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Memetik laporan BH Online, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam di mana kedua-dua beranak sedang bertengkar mengenai isu yang sama iaitu suspek sudah dua tahun tidak bekerja dan kerap menghabiskan wang membeli minuman keras.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hasil siasatan mendapat mangsa kerap memarahi suspek sehinggalah pada hari kejadian dia hilang sabar.

“Perkara itu menjadikan mangsa kerap memarahi suspek sehinggalah pada hari kejadian, suspek yang berusia 40-an dipercayai hilang sabar dan memukul kepala serta tubuh bapanya beberapa kali dengan penyodok pasir.

Advertisement

“Suspek kemudian membalut tubuh bapanya yang tidak sedarkan diri dengan langsir dan dimasukkan ke dalam kereta sebelum memandu ke Jalan PJS 10/24 dan mencampakkan bapanya di tepi jalan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Mengulas lanjut, seorang saudara mangsa memberitahu mereka menyedari mangsa tiada di rumah dan kemudiannya mencari sebelum menemuinya dalam keadaan terbaring di tepi jalan iaitu dua kilometer dari rumah mangsa, kira-kira jam 2.15 pagi, hari sama.

Mereka terus melaporkan ke Balai Polis Sungai Way sebelum sepasukan polis dan pasukan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya pasukan perubatan ke lokasi kejadian, mangsa didapati sudah tidak bernyawa dan mayat kemudiannya di bawa ke PPUM untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, suspek dan mangsa tinggal bersama berdua dan sering bertengkar kerana suspek malas bekerja dan gemar minum minuman keras. Malah, suspek juga dikatakan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah amanah dan memiliki senjata berbahaya.

Advertisement

Namun, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati ia adalah negatif.

Sementara itu, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya tela menahan suspek pada jam 9.10 pagi hari yang sama di rumahnya selain turut merampas beberapa barangan digunakan.

“Pada jam 11.30 pagi, sepasukan polis ke rumah mangsa dan merampas satu penyodok pasir yang dipercayai digunakan suspek memukul bapanya. Polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang digunakan suspek,”ujarnya.
Suspek kini ditahan reman sehingg 2 September dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Sumber: BH Online (Nor Azizah Mokhtar)

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel