Connect with us

Terkini

Rebah Ketika Perbarisan, Anggota Rela Meninggal Dunia

SEREMBAN, 31 Ogos (Bernama) — Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) meninggal dunia selepas rebah ketika perbarisan lintas hormat sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat Negeri Sembilan di Dataran Majlis Bandaraya Seremban, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 53 tahun itu jatuh dan tidak sedarkan diri kira-kira 10 pagi, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

“Bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan masalah jantung dan pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah dikesan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Beliau berkata sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7707282 atau Ibu Pejabat Daerah Seremban di talian 06-6033222.

BACA: Ira Kazar Dedah Resepi Buat Sambal Sotong Kegemaran Suaminya, “Nak Lagi Ngam, Letak…”

Sumber: Bernama

View this post on Instagram

A post shared by Malaysian Update News (@malaysianupdatenews)

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel