Connect with us

Terkini

Rugi RM5,000, keluarga mengamuk dakwa dapat barang ‘display’

Satu kekecohan berlaku apabila sebuah keluarga didakwa seolah-olah tidak berpuas hati dengan pembelian barang di sebuah kedai perabot terkenal Selayang, Selangor.

Memetik laporan Majoriti, keluarga tersebut mendakwa ditipu oleh kedai berkenaan apabila kualiti perabot yang dibeli dengan harga RM5,000 tidak memuaskan hati ketika dihantar ke rumah.

Perkara tersebut mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang hampir mencederakan salah seorang pekerja kedai berkenaan apabila mendakwa perabot diterima merupakan barangan paparan (display).

Walau bagaimanapun, situasi tegang itu dikatakan berpunca akibat kecuaian pembeli yang tidak menyatakan pesanan barangan baharu kepada penjual ketika membuat bayaran.

Advertisement

Pada masa sama, seorang wanita bertindak menengking dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada beberapa pekerja yang merakam kejadian tersebut.

Menerusi video tular berdurasi 18 saat itu, difahamkan keluarga tersebut naik angin apabila mereka telah membeli sebuah perabot bernilai RM5,000 tetapi apa yang mereka terima adalah barangan ‘display’ dengan kondisi yang tidak memuaskan.

Video tersebut sekali gus telah menarik perhatian warganet dimana ada yang berkongsi pengalaman ditipu di premis sama.

“Saya pernah juga kena tipu dengan kedai perabot yang sama, masa beli dah buat pesanan tapi bila barang sampai lain yang diterima, ada kesan koyak dan lusuh macam bukan barang baharu,” dakwa Natasya Hanim.

“Kena minta balik bayaran ganti rugi, kalau tab boleh buat laporan polis, taktik niaga macam ini tak boleh dibiarkan, ramai lagi akan tertipu,” kata Muizzudin.

Advertisement

Setakat ini tidak diketahui apakah kesudahan kes tersebut dan tidak dapat dipastikan sama ada pembeli yang tertipu sudah membuat laporan polis berkenaan hal tersebut atau tidak.

Sumber: Majoriti (Rizal Zainal)

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel