Connect with us

Jenayah

Penjawat Awam Maut Bergaduh Depan Kedai Di Machang

KOTA BHARU — Seorang penjawat awam maut selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Putih-Machang berhadapan Hospital Machang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pergaduhan melibatkan dua lelaki berusia 51 dan 46 tahun itu berlaku sekitar jam 11 pagi.

“Akibat pergaduhan tersebut, mangsa berusia 51 tahun mengalami kecederaan parah di kedua belah mata serta patah tulang rusuk sebelah kiri dan pendarahan serius di bahagian muka manakala suspek hanya mengalami kecederaan di kedua belah tangan.

“Pergaduhan berlaku tanpa melibatkan sebarang senjata dan mangsa dibawa ke Hospital Machang oleh ambulans untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan,” katanya, dalam kenyataan, hari ini.

Advertisement

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata suspek telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Machang untuk membuat laporan polis dan ditahan bagi siasatan lanjut.

“Motif kejadian, suspek, yang bekerja di syarikat swasta dekat Kuala Lumpur, mengesyaki mangsa yang bekerja sebagai penjawat awam mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Machang untuk bedah siasat dan siasatan lanjut ke atas suspek dan mangsa mendapati tiada sebarang rekod jenayah,” katanya yang menambah hasil ujian saringan awal terhadap suspek didapati negatif dari sebarang jenis dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Machang esok untuk mendapatkan perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosesur Jenayah (KPJ).

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel