Connect with us

Hiburan

Khairul Aming Dedah 2.4 Juta Unit Sambal Nyet Terjual, Jualan Cecah RM33.5 Juta

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming berkongsi berita gembira apabila produk sensasinya, Sambal Nyet telah terjual sebanyak 2.4 juta unit setakat ini.

Khairul Aming yang merupakan seorang influencer dan cef selebriti yang telah memberikan inspirasi kepada ramai individu di luar sana untuk mencuba memasak melalui segmen ’30 Hari 30 Resepi’ yang dilakukannya sepanjang bulan Ramadan.

Selepas bertahun-tahun membuat video masakan, Khairul Aming akhirnya memperkenalkan produk buatannya sendiri pada awal tahun 2021 iaitu Sambal Nyet Berapi.

Bercerita lanjut berkenaan produk yang diberi nama Sambal Nyet itu, Khairul Aming menjelaskan bahawa jumlah sambal yang telah berjaya dijual adalah sebanyak 2.4 juta botol bersamaan dengan RM33.5 juta.

Advertisement

Dia juga memaklumkan yang proses pembuatan dan pembungkusan produk juga banyak dijalankan secara auto dengan adanya mesin-mesin yang memudahkan kedua-dua proses berkenaan.

Tambah Khairul Aming, setiap feedback dari pelanggan berkenaan produknya juga diambil kira dan telahpun menambah baik segala aspek.

Menerusi hantaran yang sama, video yang dikongsi telah menyaksikan perkembangan perniagaan dan kilang pembuatan Sambal Nyet yang terletak di Kelantan.

Jelasnya lagi, dua kilang yang memproses pembuatan sambalnya kini sedang berjalan dengan baik dan dalam perancangan untuk menjadikan jualan sambal 100, 000 botol sehari berbanding sekarang iaitu terjual 70,000 botol sehari.

Menurutnya, kedua-dua kilang yang terletak di Kelantan sudah beroperasi sepenuhnya walaupun masih berlaku renovation kerana mereka sedang bersedia untuk memasuki fasa ketiga iaitu automation.

Advertisement

Menggunakan ilmu perniagaan sedia ada, Khairul Aming memutuskan untuk meneruskan jualan Sambal Nyet melalui live di akaun TikTok bagi menambah rating jualan.

Seperti yang dijangka, jualan tersebut meningkat dan sebanyak 76 peratus daripada keseluruhan pembeli datang daripada ‘livestream’ yang dilakukannya.

Perkongsian yang jelas berkenaan produk keluarannya telah mendapat pujian ramai kerana begitu jelas menunjukkan cara berniaga dan perkembangan yang berlaku dalam pengeluaran tersebut.

Khairul Aming yang bermula dengan kelengkapan yang tidak mencukupi telah menceburkan diri dalam dunia ‘content creator’ selama lapan tahun bermula sejak usia 14 tahun.

“Sungguh memberi inspirasi”, kata seorang netizen di ruangan komen hantaran tersebut.

Advertisement

Susulan pencapaian yang menakjubkan ini, Khairul Aming mengucapkan terima kasih buat mereka yang telah menyokong perjalanan bisnes Sambal Nyet bermula hari pertama berniaga di lot kedai yang kecil sehinggalah berkembang ke dua buah kilang.

Khairul Aming turut berharap bisnes yang diterajui olehnya dapat menyumbang lebih banyak kepada pertumbuhan ekonomi di kampung halamannya Kota Bharu, Kelantan.

Netizen menyifatkan tindakan itu membuktikan bahawa pentingnya ilmu dalam berniaga dan selaras dengan apa yang diucapkan Khairul Aming sewaktu menjulang trofi Creator Of The Year apabila meminta anak-anak muda untuk tidak mengabaikan pelajaran jika mahu bergelar influencer ataupun kekal relevan dalam industri berkenaan.

@khairulaming Jualan Sambal Nyet dah mencecah 2.4 juta botol iaitu bersamaan dgn jualan sebanyak Rm 33.5 juta ringgit. Sekarang production dah dinaikkan ke 7,000 botol sehari dan jualan juga dikembangkan ke live commerce. Terima kasih kepada anda semua yang support kita dari 3 tahun yang lepas 🥺🙏🏻 #makanlokal #foodfestontiktok #TikTokShop99ShoppingFiesta ♬ Dream Away – Ramol

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel