Connect with us

Jenayah

“Mama tak balik kerja lagi ke?” – Anak jururawat maut ditikam suami tercari-cari ibu, anggap masih di tempat kerja

Kedua-dua anak kepada jururawat, Munirah Abu Bakar, 31, yang maut ditikam suami di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis pada Sabtu lalu masih belum mengetahui tragedi sebenar menimpa ibu mereka.

Memetik laporan Utusan Malaysia, kakak mangsa Melati Abu Bakar, 39, yang menjaga anak mangsa berusia lapan dan enam tahun itu sudah memberitahu perkara sebenar apabila jenazah dibawa pulang untuk dikebumikan semalam.

“Anak sulung arwah ada tertanya-tanya juga mana mama? Mama tak balik kerja lagi ke? Mereka masih beranggapan mama mereka masih di tempat kerja,” katanya.
Melati bersama bapa Abu Bakar Senapi, 64, hadir ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pagi semalam untuk proses pengecaman mayat ke atas Allahyarhamah sebelum proses bedah siasat bermula.

Melati berkata, keluarga mereka masih terkejut dengan berita tersebut namun reda dengan takdir malah sudah memaafkan suspek yang dianggap seperti keluarga sendiri selain menyerahkan segalanya kepada keputusan mahkamah.

Advertisement

Malah, keluarga mereka belum memutuskan tentang hak penjagaan anak pasangan tersebut memandangkan kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.\

Dalam pada itu, menurut laporan Kosmo pula, rakan baik mangsa iaitu Rosima Dollah, 31, memberitahu Allahyarhamah pernah menyuarakan hasrat untuk berpisah dengan suaminya namun membatalkannya demi anak-anak.

“Arwah pernah menyuarakan perkara itu (berpisah) namun tak jadi kerana memikirkan anak-anaknya yang masih kecil, malah ketika berbual semalam arwah ada beritahu bahawa dia akan ke pejabat agama esok untuk menguruskan hal itu.

“Saya tidak bertanya panjang-panjang kerana saya tahu arwah menyembunyikan sesuatu dan dia enggan beritahu saya,” ujarnya.

Sementara itu, pemergian arwah diselubungi dengan kesedihan daripada rakan serta kenalan yang turut meninggalkan ucapan takziah dan masih terkejut dengan berita menyayat hati.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro pula, polis mengesahkan kematian jururawat yang ditikam oleh suaminya di kediaman mereka di Padang Nyu, Arau, Sabtu lalu disebabkan luka tikaman hingga ke hati serta bahagian dalaman pembuluh darah.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Mohd Rodi berkata, keputusan itu diperoleh hasil daripada proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, semalam.

“Berdasarkan keputusan autopsi yang dibuat di HSB, mangsa, Munirah Abu Bakar, 31, maut akibat mengalami luka tikaman hingga ke hati serta dalaman pembuluh darah (vena kava) atau ‘stab wounds to the liver and inferior vena cava’.

Advertisement

“Namun, setakat ini, kita belum memperoleh laporan keseluruhan proses bedah siasatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Mohsin berkata, pihaknya menolak kemungkinan melakukan analisis psikiatri terhadap suspek yang juga suami mangsa.

Ini kerana, katanya, tiada keperluan untuk membuat penilaian psikiatri terhadap suspek.

“Kita juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine ketika kejadian berlaku.

“Pengaruh dadah bukanlah dikatakan penyebab kepada kejadian, namun ketika saringan ujian air kencing suspek dilakukan, kita mendapati ia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Advertisement

Suspek kini masih dalam reman sehingga 7 Oktober hadapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jenazah Allahyarhamah Munirah Abu Bakar, 31, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keluarga Haji Talib, Kampung Paya Tengah, Perlis.

Sumber: Utusan Malaysia, Kosmo! (Jamliah Abdullah), Harian Metro(Aizat Sharif), Facebook

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel