Connect with us

Hiburan

‘Wan Ismail Golok’ Kini Sah Bergelar Suami ‘Lucy’

Pelakon, pelawak dan juga pengarah tersohor Sabri Yunus hari ini dilaporkan telah selamat bernikah dengan seorang lagi pelakon Angeline Tan sebentar tadi.

Kedua-dua pelakon yang terkenal dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu telah dinikahkan oleh Dato Dr Maza, Mufti negeri Perlis dan disiarkan secara langsung di Facebook PROmediaTAJDID.

Selain itu, pernikahan itu turut dikongsikan oleh Issey yang merupakan pelakon, pelawak dan penyampai radio.

“Selamat Pengantin Baru abang Sabri Yunus dan Kak Ardini/Angeline Tan. LAlhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal samapi ke syurga. Pimai pimai tang tu,” tulis kapsyen muat naik Issey tersebut.

Advertisement

Sabri dan Angeline kelihatan berseri-seri dengan sepersalinan lengkap berwarna putih.

Angeline yang bertudung rapi ketika majlis akad nikah itu telah menyerlahkan lagi sisi keayuannya.

Angeline atau lebih dikenali sebagai Lucy menerima mas kahwin seutas rantai emas.

Selamat pengantin baru kami ucapkan kepada kedua duanya, semoga berbahagia!

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@malaysianupdatenews Kalau dah jodoh tak ke mana #malaysianupdate #malaysianupdatenews #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ #pimaipimaitangtu #sabriyunus #angelinetan ♬ bunyi asal – –

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel