Connect with us

Hiburan

‘Dia teringin sangat, tapi saya tak bagi’ – Siti Nordiana kongsi saat akhir arwah bekas suami bersama anak

Pelakon dan penyanyi, Siti Nordiana baru-baru ini ada berkongsi momen akhir waktu bekas suami iaitu pelakon Faizal Yusof bersama anak tunggal mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie.

Perkara tersebut dikongsikan Siti Nordiana ketika ditemu bual satu stesen radio di mana dia mengakui kewujudan arwah Faizal sangat penting meskipun telah bercerai.

Dia merupakan abah kepada anak saya, sedih juga sebab malam sebelum dia meninggal, dia ada telefon nak ambil Rayyan. Tapi kebetulan waktu itu bukan giliran dia bersama Rayyan.

Dia kata dia teringin sangat nak bawa dan ambil Ryan ketika itu. Tapi saya tak bagi, rupanya dia memang nak sangat jumpa anak dia.

Advertisement

Kongsi Siti Nordiana lagi, sikap arwah juga ada berubah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir selain sering berpesan kepada Rayyan untuk menjaganya dengan meskipun anak mereka baru berusia 2 tahun tujuh bulan.

Sebenarnya sebelum itu dia dah bagi banyak ‘hint’. Bila dia telefon Rayyan tiba-tiba sahaja dia akan cakap ‘abah mati’, dia akan cakap bila dia merajuk dengan Rayyan dan banyak kali dia ulang.

Saya ada tanya kenapa dia cakap macam itu, dia jawab ‘tak ada apa saja nak kacau Rayyan’.

Banyak kali dia telefon dan saya dengar, ‘nanti Rayyan jaga mama ya’. Dia cakap banyak kali.

Kira-kira dalam sebulan sebelum dia pergi, dia jadi lain. Dia orangnya baik tapi ‘loud’. Masa dia nak pergi itu dia jadi sangat baik dan sangat lembut dengan saya.

Advertisement

Untuk info, Siti Nordian dan Faizal telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 namun bercerai pada tahun 2009.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Pada tahun 2011, Faizal menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel