Connect with us

Hiburan

Penyanyi Bad Indigo Meninggal Dunia

Penyanyi, Bad Indigo atau nama sebenar Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, meninggal dunia hari ini.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim dalam satu hantaran di Facebook.

“Dengan dukacita dimaklumkan bahawa sahabat saya Allahyarham Badrul Izhan Yeop Abdullah (Bad Indigo) telah kembali ke Rahmatullah pada 26 Oktober 2023. Salam takziah buat keluarga arwah.

“Semoga tenang di sana bersama orang-orang yang beriman, Bad. Al Fatihah (dibaca),” tulisnya.

Advertisement

Bad didapati kali terakhir memuat naik hantaran di Instagram tiga hari lalu berupa video yang meniup semangat kepada pengikutnya di platform itu supaya tidak berputus asa dan mengingati Allah setiap kali dilanda ujian.

Bad yang juga menghidap kencing manis sebelum ini menjalani pembedahan membuang tiga jadi kaki pada 9 Meitahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.

Dia kemudiannya terpaksa menggunakan bantuan alat ‘walker’ dan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan.

Bad dan bekas isteri, Ashira mengumumkan yang mereka sudah bercerai menerusi sebuah hantaran video pada 23 Jun tahun lalu.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel