Pelakon veteran, Badrul Muhayat dilaporkan telah meninggal dunia dalam tidur pada pagi Sabtu.
Berita pemergian Allahyarham itu telah dikongsikan oleh seorang rakan selebriti iaitu Anne Abdullah menerusi hantaran di Facebook miliknya sebentar tadi.
Menurut Anne, Badrul ditemui sudah tidak sedarkan diri di rumah penginapannya di Pulau Pinang pada pagi tadi.
Difahamkan, pelakon berusia 55 tahun itu bersama beberapa selebriti lain berada di pulau mutiara itu bagi menyertai sebuah karnival yang diadakan di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Difahamkan Allahyarham Badrul atau nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, tidak mengalami sebarang penyakit serius.
Memetik Harian Metro, Badrul dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun menerusi perkahwinan kali kedua dengan bekas isterinya, Julia Daud.
Badrul juga baru melangsungkan pernikahannya dengan Norhayati pada April lalu dan belum sempat mengadakan majlis resepsi.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI