Connect with us

Terkini

“Aku tak tau dia tak puas hati tang mana” – Wanita Terkedu Dilayan Pekerja Garang & Kasar Ketika Pakaikan Hanbok

Menyewa hanbok dan bergambar di perkampungan tradisional merupakan antara impian setiap penggemar drama Korea atau pelancong ke Korea Selatan. Sekiranya ke sana, anda akan mendapati terdapat banyak kedai yang menyediakan perkhidmatan menyewa hanbok.

Bagi para peminat drama Korea, anda mungkin tahu busana ini mempunyai banyak lapisan dan proses pemakaiannya adalah sedikit rumit khususnya Hanbok perempuan. Kadar sewa hanbok pula bergantung kepada berapa lama anda hendak memakai hanbok itu. Boleh jadi anda ingin memakainya selama sejam, dua jam, 4 jam atau seharian terus!

Tular satu video di media sosial baru-baru ini oleh seorang pempengaruh iaitu Bella Park, yang berkongsikan momen lucu saat dia berkunjung ke Istana Gyeongbokgung yang terletak di Seoul.

Siapa sangka di sebalik sebuah gambar yang cantik, terdapat cerita lain disebaliknya. Berlatar belakangkan keindahan musim luruh di Korea Selatan, siapa sangka Bella sebenarnya berdepan dengan layanan kasar daripada salah seorang pekerja yang memakaikannya Hanbok.

Advertisement

Dengan reaksi muka yang tampak garang, pekerja berbaju hitam itu dihat menggerakkan badan Bella dengan agak kasar dan terburu-buru.

Menerusi video yang kini mencecah 1.1 juta tontonan itu, Bella yang kelihatan terpinga-pinga dengan situasi berkenaan, bagaimanapun dilihat tidak melenting dan hanya bersabar sehingga busana itu siap disarungkan.

Mnejengah ke ruangan komen rata-rata netizen mengaku terhibur, malah ada juga yang berkongsikan pengalaman serupa yang dilalui mereka.

Sumber: Bella Park

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@bellapark1310 Aku tak tau dia tak puas hati tang mana wei?? muka aku mcm ex pakwe dia ka? ka dia lapaq ka, hahaha dia main kepak ja badan aku macam anak patung #gwenchana ♬ bunyi asal – haa

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel